Jumaat, 2 September 2016

Keperitan Menjadi Ghurabaa'



























Dalam kehidupan ini aku berusaha menurut kemampuan aku untuk taat melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ketika pertama kali aku bekerja, sangkaan aku, rakan-rakan sekerja boleh menerima aku seadanya. Dalam lingkungan tempat kerja aku adalah menjadi kebiasaan untuk bercerita mengata sesama mereka apatah lagi orang yang mereka lihat sebagai 'asing' (ghurabaa').

Aku jenis yang diam dan tidak mengambil kisah mengenai politik pejabat. Hal ini menyebabkan aku dilihat sebagai 'asing' berbanding rakan-rakan sekerja aku yang lain. Aku yang pendiam tidak ditafsirkan sebagai silence is golden tetapi sebaliknya ditafsirkan sebagai tidak bercampur dengan orang. Pedih hati aku apabila aku terdengar perbualan isteri jiran sebelah rumah aku dengan seorang ibu tua di dapur rumah mereka berkenaan diri aku, "Rajin baca quran tapi tak bercampur dengan orang. Tak bolehlah macam tu".

Apabila orang datang berbual dengan aku, aku juga bercerita dan bersembang seperti orang lain. Apabila ada majlis di tempat kerja, aku hadiri majlis tersebut tetapi aku membaca pandangan mata mereka yang melihat aku sebagai 'asing'.

Sehingga sampai satu tahap, sebelum aku cuti belajar, ketua di pejabat aku menjaja cerita memberitahu kepada rakan-rakan sekerja aku yang lain bahawa "Saya paling tidak suka (sebut nama aku), diam saja". Ketua di pejabat aku menyampaikan kepada aku secara bersemuka, "Anda tidak perlu menjadi terlalu sopan untuk menjadi seorang ...".

Setelah tamat cuti belajar, aku kembali ke tempat kerja lama, antara yang disampaikan kembali kepada aku ialah mantan ketua pejabat aku yang kontrak perkhidmatannya sudah tidak sambung lagi tidak suka kepada aku. Tindakan mantan ketua di pejabat aku suatu masa dulu sebelum aku cuti belajar di antaranya telah membawa padah kepada aku selain dari masalah pengurusan di tempat kerja aku. Kata-kata dan tindakan mantan ketua di pejabat aku suatu masa dulu sebelum aku cuti belajar di antaranya telah dijadikan sebagai rujukan oleh pihak pengurusan agar aku tidak diambil kembali bekerja di tempat kerja lama aku.

Dalam riwayat Imam Ahmad dan Imam Thabrani, maksud ghurabaa' adalah “Manusia soleh yang sedikit di antara manusia yang banyak. Orang yang menentang mereka lebih banyak di banding yang mentaati (suka kepada) mereka.”

Dalam riwayat Imam Thabrani daripada Sahl r.a, Rasulullah s.a.w. ditanya, “Siapakah ghurabaa' itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Iaitu orang-orang yang melakukan perbaikan ketika orang-orang lain rosak.”


P/S: Aku tidak meletakkan diri aku sebagai insan yang sangat baik dan solehah. Aku manusia biasa yang ada banyak kekurangan. Aku hanya berusaha menjadi hamba-Nya yang taat menurut kadar kemampuan diriku. Al-hamdulillahi 'ala kulli haal (Segala puji bagi Allah pada setiap masa).

13 ulasan:

  1. Jadi tak perlu sedih bila disisihkan kerana CM adalah ghurabaa' dikalangan mereka. Kadang kakak rasa bersyukur juga kerja dikalangan org bukan org kita (kakak seorg aje tau Islam dlm management kakak). Boss kakak foreigner. Assst. kakak dan semua kakitangan pejabat kakak non-muslim. Tapi alhamdulillah tak ada isu office-politik.

    Kakak bersolat dlm bilik kakak. Mereka termasuk boss kakak sgt hormat ketika kakak bersolat mereka tak akan ganggu. Kakak boleh dhuha. Boleh qobliah/baqdiah lagi tau. Lama mana pun mereka tak kisah.

    Islam indah tapi umatnya sendiri yg tak tahu mencari keindahan yg diberi.

    BalasPadam
  2. perkongsian yg baik.. ini yg buatkan orang takut nk buat baik, nk amalkan islam sebenar sbb nnti jadi guraba.. peer pressure.. takut jadi lain dari yg lain..
    "eh, orang lain x buat pun. x payah la.."
    "tak payah la kau nk pulun tunjuk alim sangat..."

    maka beruntunglah mereka yang ghuraba.. yg mementingkan redha Allah dari redha manusia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Permainan politik pejabat ni perit sebenarnya. Kita tak mahu terlibat tapi kadang-kadang kita turut diheret bersama dalam permainan tu. Pha Is baru masuk dunia bekerja. Pengalaman perlahan-lahan mengajar asam garam bekerja :)

      Padam
    2. betol2..
      insyaAllah..
      tapi so far kat tempat baru Alhamdulillah.. semua baik2..

      Padam
  3. perkongsian yg baik sha..

    akak pula jenis selalu pindah tempat kerja
    keadaan ini menyebabkan akak tidak rapat dgn sesapa
    akak hanya berjaya mencipta kawan rapat di tempat kerja 1-3,
    di tempat kerja seterusnya hinggalah ke8 sekarang, akak sudah tiada kawan rapat lagi. hanya kawan2..
    jadi akak masing asing bagi mereka..ada yg mengelarkan akak pelik, pendiam, selamba...
    akak dah tak kisah apa gelaran orang pd akak..
    ia sudah spt angin lalu..
    bertiup dan berlalu..

    akak mungkin 'sengaja' tdk rapat dgn sesapa krn risau akak akn terlebih sedih biasa terpaksa berpindah ikut suami...huahuahua

    BalasPadam
    Balasan
    1. pengorbanan demi mengikt suami.. :)

      Padam
    2. Kak Gloria Abdullah lebih tahu kisah saya di tempat kerja lama tu tanya-tanya risik melalui si Joe :)

      Padam
    3. main risik2 ni macam gossip je. hahahaha

      Padam
    4. Risik-risik ada makna tu hahaha

      Padam
    5. ke, nk pergi rombongan merisik.. hahaha

      Padam