Ini pertama kali aku buat blog. Blog Saya, Ladang Pahala Saya. Saya menulis blog ini kerana Allah s.w.t. Harapan saya agar blog ini memberikan manfaat kepada sesiapa yang berkunjung di sini. Moga Allah s.w.t. mengambil kira apa yang saya tulis di blog ini sebagai pahala (saham akhirat) yang tidak putus buat diri saya.
Aku rasa bosan dan tidak bebas hendak menulis di dalam facebook aku. Di sini aku rasa bebas sebab pengenalan diri aku ialah Cik Misstree. Misstree? Sebutan macam misteri. Memang misteri. Aku tidak suka menonjolkan diri. Oleh itu, blog ini aku jadikan sebagai medan tempat aku hendak tulis macam-macam perkara. Maka, aku namakan sebagai Macam-Macam-Ada. Suka hati aku hendak tulis apa. Fasal pandangan aku mengenai sesuatu perkara atau tentang kehidupan aku. Barulah lega sikit perasaan aku ini. Aku rasa tidak puas hati, tulis saja dalam blog. Aku seperti 'Aiman yang tak kisah'; aku tidak kisah kalau rakyat satu Malaysia hatta satu dunia ini baca blog aku, bukan anda semua kenal aku.

Walau bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia khususnya bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ... boleh mengesan siapa pemilik sesuatu blog. Politkus Malaysia sekarang takut kepada blogger. Dulu politikus pada zaman Persekutuan Negeri-Negeri Tanah Melayu takut kepada komunis, sekarang politikus Malaysia takut kepada kartunis. Aku pasti politikus takut kepada sesiapa yang boleh menggugat kedudukan (kuasa) mereka. Aku tidak kisah. Aku adalah warganegara Malaysia yang bertanggungjawab. Aku tidak akan langgar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan Akta Hasutan 1948 malah aku tidak kisah andai kata Menteri Perdana-Menteri Perdana hendak tukar gagasan pembangunan berteraskan Islam di Malaysia ini. Mula-mula, Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam, selepas itu tukar pula kepada Islam Hadhari dan kemudian tukar pula kepada Wasathiyyah.
Biarlah Si Luncai terjun bersama labu-labunya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan