Sabtu, 29 Januari 2011

SV (1-2) : Doaku Untukmu Dan Doaku Untukku.

Ketika Rasulullah s.a.w. hendak mengutus seorang sahabatnya, Mu’adz bin Jabal Radhiyallahu 'Anhu ke Yaman, baginda menyampaikan beberapa pesanan, di antaranya ialah, “Beritakanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan bagi mereka zakat yang diambil dari  orang yang mampu dari kalangan mereka dan dibahagikan kepada kalangan yang faqir dari mereka. Jika mereka mentaati kamu dalam hal itu, maka janganlah kamu mengambil harta-harta pilihan mereka. Dan takutlah terhadap doa orang yang terzalimi, kerana antara dia dan Allah tidak ada hijab (pembatas) yang menghalanginya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Doaku untukmu dan sesiapa yang bersekutu denganmu:

Dengan nama-Mu Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Doa Qunut Nazilah1
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau-bilaukan persatuan mereka.
Ya Allah, goncangkan pendirian mereka dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka.
Wahai Tuhan yang gagah perkasa.
Wahai Tuhan yang penuh raksasa.
Wahai Tuhan yang bersifat murka.
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab, kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.”

Dan Doaku Untukku:

"Aku berlindung di bawah naungan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan tepat dari segala kejahatan makhluk yang jahat."
 "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rundingan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat bacol dan kikir. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang".

Amin Ya Rabbul 'Alamin.



Nota Tapak Kaki
1 Doa Qunut Nazilah bukan bertujuan mendoakan keburukan kepada orang yang zalim tetapi untuk memohon perlindungan Allah daripada perbuatan orang yang zalim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan