Aku harap agar aku dapat memberi kemaafan itu sebelum nyawaku melepasi halkum. Aku masih menyimpan marah itu bukan kerana dendam dan ego tapi kerana engkau tidak dapat membezakan sempadan profesional di dalam melaksanakan tugas walaupun aku cuma pelajar engkau. Engkau berhak marah & tegur cacat cela pekerjaanku selepas engkau bersungguh-sungguh mengajarku. Namun aku tidak pernah nampak kesungguhan itu ada pada diri engkau tapi engkau telah menghina dan mengaibkanku di khalayak ramai.
Aku memilih untuk mendiamkan diri - masih ada tangisan di dalam hati.
Aku memilih untuk mendiamkan diri - masih ada tangisan di dalam hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan