Dalam hidup ini adakalanya kita perlu bersikap tegas untuk (menerima atau menolak) memperlihatkan sempadan dan ruang yang wujud di dalam perkara yang kita boleh atau tidak boleh untuk bertolak ansur. Walau bagaimanapun, ketegasan dibaluti oleh ego yang tinggi kerana di dalam ketegasan turut mengukur sejauhmanakah kita mampu menurunkan darjah 'ketinggian' diri kita. Ketika kita berusaha mempertahankan ketegasan, pada hakikatnya kita sedang berdiri di atas tempat yang tinggi. Dalam hal berurusan sesama manusia, jika tindakan kita melulu hanya demi mempertahankan prinsip ketegasan maka kita sedang menolak & menjatuhkan individu lain dari tempat yang tinggi ke dalam jurang yang dalam; ketegasan yang sebegini hanya menganiaya individu lain dan ia tidak menjadikan orang lain memandangkan tinggi dan hormat kepada kita. Bertempatlah di dalam mempertahankan ketegasan. Ketegasan perlu diiringi dengan ilmu, fikiran dan hati yang lapang serta tenang agar sesuatu keputusan itu adil dan saksama. Di bawah ini petikan daripada karya Ramlee Awang Murshid (2006:118):
Adalah lebih baik tersalah ampun daripada tersilap menjatuhkan hukuman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan