Al-kisah, aku sedang menikmati laksa utara pada malam itu di dataran Panggung Seni UKM. Sedap juga laksa makcik itu. Malam itu merupakan perasmian MEFEK 2011 anjuran para mahasiswa di sebuah kolej di UKM. So, aku pun terdengar secara tak sengaja ucapan perasmi itu. Ucapannya sudah hampir serupa calon wakil rakyat yang sedang berkempen walaupun kerjanya hanya pembantu kepada seorang menteri. Di antara ucapannya yang panjang berjela berbunyi begini:
"... Salam Satu Malaysia. Apabila ucapkan salam Satu Malaysia, bagaimana kita nak jawab? Kalau saya jawab Malaysia Satu. OK, semua jawab Malaysia Satu."
Ternyata ajaran menjawab salam ini cuma ada di Malaysia. Ermmm, macam-macam ada. Selain itu, perasmi MEFEK turut mengungkit budi kerajaan kepada rakyat. Di antaranya ialah:
"... Semasa di sekolah, kerajaan yang tolong. Dah habis sekolah, masuk universiti, kerajaan juga tolong. Bila dah habis belajar nak cari kerja, kerajaan juga yang tolong. Nak kahwin, tok kadhi yang menikahkan tu dibayar elaun oleh kerajaan. Bila nak beranak, kerajaan juga yang tolong. Bila anak nak masuk sekolah, kerajaan juga yang tolong. ... Tak macam sebuah parti yang lain yang memperjuangkan demokrasi, ada masalah homoseksual/lesbian. Sebuah parti di Pantai Timur, bila banjir tak mampu nak sediakan air bersih untuk berwudhuk. Sedia air yang keruh tapi belum tentu lagi air tu air mutlak. ..."Ketika aku sedang menikmati laksa makcik yang sedap itu, ada beberapa orang menyahut 'TAK' cukup hanya untuk didengari orang di sekeliling saja terutama bab 'bila dah habis belajar nak cari kerja, kerajaan juga yang tolong'. Orang yang menyahut 'TAK' adalah mahasiswa yang sedang makan dan peniaga (belia) yang sedang berniaga di gerai tersebut. Isu pekerjaan di dalam pasaran adalah isu penting kepada golongan belia dan mahasiswa.
Ucapan perasmian tersebut sepatutnya ringkas dan padat yang mampu menjadi pengisian khususnya kepada mahasiswa bukannya gaya berkempen kepada orang kampung yang hidup seperti katak di bawah tempurung. Berilah ucapan sesuai dengan para pendengar. Aku tidak tahulah kalau kerajaan sudah rasa terdesak hendak menghadapi pilihanraya umum yang ke-13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan