MH370 bukan sahaja dinantikan kepulangannya oleh ahli keluarga yang terlibat malah rakyat Malaysia dan seluruh dunia menantikan kepulangan MH370. Sehingga kini tidak ada maklumat yang sahih menunjukkan pesawat MH370 terhempas. Entri kali ini adalah sambungan dari entri sebelum ini iaitu Misi Kerajaan Malaysia Mencari MH370 #2. Berikut aadalah misi Kerajaan Malaysia mencari MH370 dalam tempoh empat hari dari 16hb Mac sehingga 17hb Mac:
- Hari kesembilan: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengklasifikasikan kes MH370 ke arah rampasan dan tindakan pengganas. Siasatan polis diperluaskan kepada semua anak kapal, jurutera, kakitangan lapangan terbang yang terlibat dengan pesawat itu termasuk para penumpang. Kapten Zaharie Ahmad Shah dan Fariq Abdul Hamid tidak meminta untuk bertugas bersama pada hari kejadian. Akhbar Daily Mail mengeluarkan spekulasi bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah merampas pesawat MH370 kerana kecewa dan obsesif dengan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim namun kenyataan tersebut disangkal oleh mantan Ketua Juruterbang MAS, Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain dan Peter Chong yang merupakan pembantu Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa. Kuantiti bahan api pesawat adalah mencukupi untuk sampai ke Beijing termasuk bahan api tambahan kira-kira untuk satu jam penerbangan. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan pesawat MH370 telah mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garsia. Usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 telah menjadi usaha multinasional melibatkan 25 buah negara yang dipimpin oleh Malaysia. Fasa baru ini adalah lebih rumit dan susah kerana bukan sahaja melibatkan kawasan terpencil dan lautan dalam yang mencecah 7,000 meter di beberapa tempat tetapi turut melibatkan kawasan tanah luas menjangkau sebelas buah negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah menghubungi pepimpin tertinggi Bangladesh, Turkmenistan, Kazaskhtan dan India untuk membantu mengesan pesawat MH370. Kementerian Luar Negeri turut memberi taklimat kepada 22 wakil negara dan meminta bantuan termasuk pembekalan data radar tentera, data satelit dan bantuan lain yang difikirkan sesuai. Pegawai pemerintah Andaman dan Nicobar mengesahkan pencarian pesawat itu oleh dua kapal tentera laut India dan negara-negara lain di sekitar Pulau Andaman dan Nicobar tidak membuahkan hasil. Selain itu, MH370 boleh 'dihilangkan' daripada radar secara sengaja dengan menggunakan teknologi ketenteraan sekiranya tiga pesawat Stealth (antiradar) terbang berhampiran atau di bawah pesawat tersebut. Individu yang menerbangkan pesawat Stealth juga boleh melakukan pintasan terhadap frekuensi radio pesawat komersil berhampiran menyebabkan isyarat kecemasan yang dihantar oleh juruterbang tidak sampai ke menara kawalan. Pesawat Stealth mempunyai keupayaan untuk memesongkan pancaran radar selain menyerap transmisi radio daripada pesawat yang terbang berhampiran. Pihak keselamatan Britain memberi petunjuk bahawa kemungkinan pesawat MH370 dirampas oleh pelampau Islam yang mahu meniru serangan kumpulan militan al-Qaeda ke atas World Trade Centre pada 11 September 2011 dengan cara menggunakan sebutir bom yang disembunyikan di dalam kasut bagi meletupkan pintu kokpit pesawat berkenaan. Seorang pengganas Britain, Saajid Badat mendakwa pernah bertemu dengan beberapa orang anggota kumpulan pelampau dari Malaysia termasuk seorang juruterbang Malaysia di Afganistan. Selain itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antabangsa dan Industri, Datuk Ir Hamim Samuri berkata insiden kehilangan MH370 tidak menjejas keyakinan pelabur asing.
- Hari kesepuluh: Kehilangan MH370 terus diselubungi misteri yang tidak terjawab. Tidak ada panggilan kecemasan, tiada pihak menuntut wang tebusan dan tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat MH370. Pakar mencari dan menyelamat mencadangkan agar misi pencarian pesawat MH370 dikecilkan dengan bergantung kepada data satelit. Komunikasi terakhir dengan satelit berlaku di satu daripada dua koridor iaitu koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkimenistan hingga ke utara Thailand atau di koridor selatan dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi. Namun begitu, pergerakan MH370 tidak dikesan oleh radar negara-negara yang dilaluinya. Kazakhstan mengesahkan tidak mengesan sebarang 'penggunaan' ruang udara tanpa pengetahuan mereka. Operasi ini melibatkan 26 buah negara iaitu Malaysia, Australia, Bangladesh, Brunei, China, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Filipina, Rusia, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Turkmenistan, Emeriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom, Amerika Syarikat, Uzbekistan dan Vietnam. Malaysia telah menghantar nota diplomatik kepada semua negara yang terletak dalam koridor utara dan selatan serta negara yang terlibat bagi membantu dari aspek kepakaran dan aset khusus serta menyalurkan maklumat mengenai sistem radar dan satelit dalam operasi mencari di darat, laut dan udara. Malaysia juga meminta kebenaran meneruskan operasi tersebut di kawasan perairan dan daratan negara terbabit serta pelan tindakan menyelamat diselaraskan oleh Pusat Koordinasi Menyelamat di Malaysia termasuk kemas kini maklumat berhubung operasi mencari dan menyelamat serta maklumat terperinci yang diperlukan oleh Malaysia. Dalam hal ini, Australia bersetuju melakukan pencarian pesawat itu di koridor selatan. Sebahagian daripada 14 buah negara yang menerima nota diplomatik daripada Malaysia telah menyatakan persetujuan untuk membantu pencarian pesawat MH370 di koridor utara dan koridor selatan; setiap negara menjadi ketua mencari pesawat MH370 dalam lingkungan sempadan negara itu sendiri. Usaha pencarian di dua koridor berdasarkan pengiraan kelajuan minimum dan maksimum pesawat itu dan kedudukan terakhir di Selat Melaka. Perkiraan tersebut dilakukan kerana Satelit Inmarsat hanya mengesan data 'handshake' tetapi tidak memberi kedudukan tepat atau koordinat pesawat MH370 ketika ia menghantar isyarat kepada satelit tersebut. Di koridor utara, pesawat ini boleh berada di Loas dengan kelajuan minimum tetapi boleh sampai di Laut Kaspia dengan kelajuan maksimum. Di koridor selatan pula, pesawat ini boleh sampai di timur Sumatera dengan kelajuan minimum tetapi di Lautan Hindi dengan kelajuan maksimum. India menolak dakwaan kononnya pesawat itu digunakan dalam serangan keganasan seperti yang berlaku di New York pada 11 September 2001. Operasi ini disifatkan oleh Pemangku Menteri Pengangkuatan, Datuk Seri Datuk Hishammuddin Tun Hussein sebagai sangat mencabar dari aspek hubungan diplomasi, teknikal dan logistik. Pada awal pagi 8hb Mac, radar primer milik Tentera Udara Diraja Malaysia berjaya mengesan pergerakan 'plot' misteri yang memasuki ruang udara Malaysia namun pihak keselamatan negara tidak memintas atau bertindak kerana disifatkan ia bukan ancaman musuh. Siasatan turut mengambil kira kemungkinan juruterbang dan pembantu juruterbang menghadapi masalah peribadi ketika mengendalikan pesawat itu. Agensi media antabangsa melaporkan sebelum ini terdapat lebih 600 lapangan terbang di kedua-dua buah koridor. Kewujudan lapangan terbang rahsia di koridor utara dan selatan termasuk milik persendirian atau lapangan terbang lama menjadi fokus pasukan penyiasat khas Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan polis jejak kemungkinan pesawat itu mendarat di lokasi rahsia. PDRM mengambil masa seminggu hingga sebulan bagi menyelesaikan siasatan terhadap simulasi penerbangan yang diambil dari rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah. Selain itu, faktor ugutan terhadap kedua-dua juruterbang turut menjadi skop siasatan terbaru berdasarkan maklumat yang dikumpulkan setakat ini.
dah muak tgok berita di TV ttg kehilangan pesawat ni..
BalasPadam:)
Padam