Rabu, 2 April 2014

Aktiviti Bedah Buku Terbitan PTS

Sempena Karnival Eksplorasi Ilmu, pada 5hb April 2014 pada pukul 2.30 - 4.30 petang, insya-Allah akan berlangsung aktiviti Bicara Buku Bersama Dr. Danial Zainal Abidin. Semua penduduk negeri Kedah dan negeri yang sekitarnya khususnya sesiapa yang tinggal di Sungai Petani, marilah kita beramai-ramai menghadiri majlis ilmu yang berlangsung di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah.


Sebelum itu, pada hari yang sama pukul 11 pagi - 12 tengah hari, insya-Allah diadakan acara Kuali PTS Bersama Chef Hussin Khan yang banyak menghasilkan buku-buku masakan yang telah diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn. Bhd. Untuk membedah buku resepi yang ditulis oleh Chef Hussin Khan, beliau akan melakukan demo memasak. Aku yang tidak pandai dan tidak berapa minat memasak menyebabkan aku jenis makan yang ala kadar (kecuali masakan itu terlalu sedap atau aku berasa terlalu lapar) turut berasa hendak hadir melihat demo masakan beliau dan membeli buku-buku masakan yang diltulis oleh Chef Hussin Khan yang mana berkenan di hatiku. 

4 ulasan:

  1. Menarik tu..kalau ada kelapangan boleh singgah di Amanjaya Mall.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Ya, dengan Dr. Danial, saya beli tiga buah buku dia dan siap minta autograf dia :)

      Padam