Kali ini aku hendak menulis mengenai entri perkahwinan jarak jauh dan hubungannya dengan golongan yang single khususnya wanita. Aku mendapat idea ini selepas mendengar kawanku Aca yang sedang memandu ke Batu Pahat sambil bercerita perihal entriku kali ini dan teman lamaku Kak Mi merupakan pensyarah di UTHM yang bercerita pengalaman seorang pensyarah lelaki yang berjauhan dari isteri dan anak-anak. Dalam tempoh pemanduan temanku Aca, aku cuma berfungsi sebagai teman dan merangkap penumpang. Kami ke Batu Pahat untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang teman lama yang lain tetapi turut bertugas sebagai pensyarah di UTHM.
Kini, ramai pasangan yang berkahwin terpaksa tinggal berasingan kerana tuntutan jarak tempat bekerja yang jauh dari pasangan. Suami kebiasaannya tidak menghadapi masalah yang berat hasil dari perkahwinan jarak jauh kecuali bebanan emosi rindu kepada isteri dan anak-anak. Bebanan emosi ini menyebabkan pencapaian kerjaya seorang suami tidak berkualiti dan tidak produktif.
Hal ini berlainan pula kepada wanita. Suami yang datang melawat pada setiap hujung minggu adakalanya tiba di destinasi pada pukul tiga atau empat pagi sebelum masuk waktu subuh. Suasana yang sunyi menakutkan isteri untuk keluar memandu untuk menjemput suami mereka di stesyen bas. Wanita single memainkan peranan sebagai teman sepanjang perjalanan untuk menjemput suami mereka.
Perkahwinan jarak jauh ini menjadi masalah yang besar apabila isteri mula mengandung. Dalam tempoh ini, ada wanita yang berada pada tahap awal kehamilan tidak boleh memandu untuk mengelakkan keguguran (selepas dua atau tiga kali keguguran) dan menanggung bebanan emosi kerana berjauhan dari suami - kurang mendapat sokongan emosi dari suami. Oleh itu, teman-teman terutama wanita yang single inilah yang memainkan peranan mengganti peranan suami. Pada hari bekerja wanita yang single menjemput isteri yang mengandung dan berjauhan dari suami untuk bersama-sama ke tempat kerja, selesai waktu pejabat maka wanita single menghantar kembali meraka ke rumah. Apabila mereka perlu kepada pemeriksaan perubatan berkala maka wanita single juga yang membawa dan menemankan mereka ke hospital.
Moral of the story, jangan memandang rendah kepada golongan wanita single kerana status mereka yang dikatakan tidak 'semulia' golongan wanita yang bergelar isteri. Golongan wanita single tanpa commitment terhadap keluarga (suami dan anak-anak) mempunyai masa lapang yang lebih dan tidak mempunyai alasan untuk menolak apabila teman mereka yang terdiri dari isteri yang berjauhan dari suami meminta pertolongan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan