Isnin, 6 Jun 2011

Zakat

"Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan tunduklah bersama orang-orang yang tunduk" (Al-Baqarah 2:43).

Aku mula membayar zakat harta di Selangor pada tahun 2006 di PPZ Kajang. Bermula tahun 2007 sehingga 2011 genap lima tahun aku membayar zakat harta di PPZ Bangi. Insya-Allah, ini merupakan zakat hartaku yang terakhir di Selangor dalam tempoh pengajian PhDku di UKM.

PPZ ditubuhkan sebagai sebuah badan korporat maka pada peringkat awal untuk mengisi keperluan PPZ, pengambilan para pegawai eksekutif adalah terdiri dari golongan bukan dari pendidikan agama.  Setelah PPZ kukuh dan mantap dari segi pengurusan dan pentadbiran, jawatan pegawai eksekutif mula diisi oleh golongan yang berpendidikan agama. Mengapa hal ini terjadi? Menurut Prof. pelawat dari USM ke Institut Islam Hadhari, UKM pada 31 Januari-1 Februari 2011, golongan yang berpendidikan agama kekurangan ilmu profesional. Maksud profesional di sini tidak hanya merujuk kepada bidang ilmu pentadbiran dan pengurusan malah termasuk persoalan menepati masa ketika bekerja seperti hadir pada awal waktu sebelum mesyuarat bermula (sekitar 5 sehingga 10 minit). 

Sepanjang aku berurusan di kaunter pembayaran zakat di PPZ Bangi dan Kajang, pegawai yang bertugas terdiri dari golongan agamawan. Setiap kali aku berusan di PPZ, para pelanggan sama ada pembayar atau golongan asnaf yang layak menerima zakat tidak ramai berurusan di PPZ.  Partikel -wan dalam agamawan sudah tertentu merujuk kepada lelaki. Golongan agamawan yang kurang profesioanalisme. Aku pergi ke kaunter, lantas disapa oleh pegawai petugas "Ya, ada apa?" sambil menunjukkan air muka yang tidak mesra seolah-olah aku hendak meminta bantuan.  Dalam konteks ini, mesra di sini merujuk kepada mesra yang profesional. Apabila pelanggan tiba di kaunter, sewajarnya disapa dengan mesra diiringi dengan senyuman. Para petugas kaunter sewajarnya menyedari bahawa pelanggan PPZ terdiri dari pelbagai golongan.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Layanilah seseorang itu sesuai dengan darjat mereka".

Berdasarkan pengalaman aku ketika berurusan dengan golongan agamawan, mereka amat bagus dalam menjaga batas pergaulan tetapi kerana menjaga batas pergaulan juga mereka kurang arif dalam mengimbangi dan menunjukkan sikap mesra + profesional ketika bekerja. Hal ini menyebabkan golongan wanita dilayan seperti kelas kedua dalam urusan yang menuntut profesionalisme.

Setelah aku menyerahkan wang zakat, hendak menunjukkan urusan tersebut telah selesai, petugas kaunter menyatakan 'terima kasih' dalam keadaan aku belum selesai memasukkan wang baki dan dokumen penting ke dalam beg. Secara tersiratnya, petugas kaunter menyatakan "puan, sudah boleh beredar" walhal aku masih ada perkara hendak ditanyakan kepada pegawai bertugas berkenaan emas yang dibeli dan disimpan melalui buku akaun. Perkataan terima kasih itu hanya diucapkan oleh setelah semua urusan benar-benar selesai. Sikap sedemikian petugas kaunter PPZ telah menghakiskan imej korporat PPZ. Dalam hal ini, profesionalisme itu sewajarnya menggambarkan ketinggian adab.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum.. Cik Misstree.. Isu ini selalu berlaku terutamanya di jabatan2 kerajaan.. itulah hakikatnya..tapi semua itu boleh diubah, tp mungkin mengambil masa... bg saya, hanya pendidikkan sahaja yang boleh mengubah manusia ke arah yg lebih baik...

    BalasPadam
  2. Wa'alaikum salam.

    Kita tak terasa sangat kalau jabatan-jabatan kerajaan yang lain tetapi jabatan atau agensi kerajaan yang bertanggungjawab kepada hal ehwal agama Islam jika tidak bersikap profesional amatlah mengecewakan kerana mereka tidak menterjemahkan keindahan ajaran Islam dalam pekerjaan.

    BalasPadam