Entri kali ini aku nak bercerita atau membebel fasal orang Melayu yang kerap menyebut perempuan yang tidak berkahwin sebagai 'anak dara tak laku'. Konotasi 'tak laku' merujuk kepada barang atau komoditi yang diniagakan. Adakah masyarakat menyatakan 'anak dara tak laku' merujuk ibu bapa (dalam bahasa perniagaan) tidak pandai mempromosikan anak dara atau mengiklankan anak dara sehingga anak daranya tidak laku?
Aku sebagai perempuan yang belum pernah berkahwin malah ramai perempuan di luar sana berumur dalam lingkungan 30 tahun yang belum pernah mendirikan rumah tangga tidak merasakan kedudukan kami semua adalah komoditi yang diniagakan sama ada laku atau tidak laku. Aku adalah wanita yang mempunyai harga diri (esteem) dan nilai harga diri tidak merujuk kepada kesempurnaan hidup yang hanya dipenuhi apabila mempunyai suami. Kini masyarakat yang hidup dalam sistem kapitalisme meletakkan harga diri dalam pelbagai aspek material seperti mempunyai harta yang banyak, pendidikan yang tinggi dan kereta yang mewah. Amat menghairankan apabila masyarakat Melayu meletakkan kedudukan wanita seperti komoditi yang diniagakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan