Sabtu, 7 April 2012

Tivi

Semasa aku kecil, keluarga aku tinggal di rumah teres satu tingkat. Ruang menonton tivi cuma ada satu iaitu ruang tamu utama. Dalam erti kata lain, semua ahli keluarga berkongsi satu tivi dan saling bertolak ansur memilih saluran tivi. Bermula usiaku sembilan tahun, keluargaku berpindah ke rumah semi detached satu tingkat dan kami masih memiliki satu ruang dan berkongsi menonton tivi. Ketika usiaku 11 tahun, sesuai dengan pertambahan ahli keluarga (kelahiran adik-adikku yang lain) maka kami berpindah ke rumah semi detached dua tingkat maka ruang menonton tivi semakin bertambah. Di tingkat bawah, ada sebuah tivi diletakkan di ruang tamu dan di ruang tamu tingkat atas juga ada sebuah tivi.  

Kini bermula tahun 2002, keluarga aku tinggal di rumah banglo besar dua tingkat. Kami memiliki banyak ruang menonton tivi iaitu di dapur, ruang tamu tingkat bawah, ruang tamu tingkat atas dan bilik tidur. Semua ahli keluarga bebas memilih ruang untuk menonton tivi tetapi kesannya wujud jurang komunikasi di antara ahli keluarga berbanding ketika kami tinggal di rumah yang kecil. Jurang komunikasi di antara ahli keluarga juga wujud semenjak perkhidmatan internet mula memasuki kediaman persendirian termasuk keluargaku. Adik-adikku yang dikategorikan sebagai generasi Y kebanyakkan masa mereka di dalam rumah dihabiskan dengan cara melayari internet - blog dan sembang sosial. 

Kini, senario ini biasa dalam sebuah keluarga di bandar yang disifatkan sebagai kos lepas bagi sebuah pembangunan. Aku masih ingat kenyataan Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia ke-4) dalam sebuah akhbar, aku membacanya ketika berusia 15 tahun iaitu:
Masalah sosial merupakan kos lepas kepada pembangunan. Jika kita tidak mahu menghadapi pelbagai masalah yang dihadapi sekarang maka kita kembali hidup seperti zaman batu. Selepas aktiviti berburu semua ahli keluarga duduk mengelilingi unggun api.  

6 ulasan:

  1. assalam cik mistree..ehem lbh baik berada dirumah teres,waktu itu semua berkumpul & bertolak ansur..he2x..indahnya waktu itu kan semua dpt berkumpul bersama !!..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam.

      Mama Aini, ada juga pendapat yang mengatakan rumah kecil dan sempit juga menyumbang kepada masalah sosial. Anak-anak yang ramai tidak betah mendiami dan rehat di dalam rumah yang kecil dan sempit seperti flat.

      Padam
  2. Sayangnyer..ia tlh mnjrkkn lg hubngn kekeluargn...

    BalasPadam
  3. Simple tp post yg bmesej
    A/bila ank2 mkin mbesar, dh sibuk ngan klurga msing2, komunikasi pun mkin bkurang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin perlu peruntukan masa untuk aktiviti bersembang dan bertanya khabar.

      Padam