Pada 30 April 2012, setelah selesai urusan penyerahan tesis PhD yang telah dijilid kepada UKM, aku telah pergi ke Alamanda, Putrajaya. MPH Bookstore telah mengadakan majlis pelancaran buku Doctor In The House yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu yang bertajuk Doktor Umum. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali telah hadir ke majlis pelancaran tersebut. Aku turut membeli buku Doktor Umum dan sempat meramkan gambar majlis pelancaran tersebut.
Aku tidak dapat memperolehi tanda tangan Tun Dr Mahathir kerana MPH hanya memberi kupon kepada 40 orang pembeli buku Doktor Umum yang pertama. Aku rasa sedih jugalah. |
Tahniah dah selesai pengajian PHD..takde rezeki lagi nak dptkan tanda tgn mantan PM kan..
BalasPadamTerima kasih, Mama Aini. :)
Padambersyukur la dapat jugak pergi ke majlis perasmiannya walaupun x dpt tanda tgn.. heheh...
BalasPadamTerima kasih mengunjungi blog saya.
Padam