Sabtu, 28 September 2013

Belasungkawa Buat Tan Sri Azizan Abdul Razak (25 Oktober 1944 - 26 September 2013)


Hampir setahun aku tidak mengemas kini blog ini. Entri terakhir sebelum ini fasal konvokesyen PhD aku, selepas konvokesyen aku jatuh sakit hampir setahun. Terima kasih kepada sesiapa yang masih melawat dan membaca blog ini.

*********************************************************************************

Aku sebagai rakyat negeri Kedah ingin merakam kisah Mantan Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang telah meninggal dunia pada 26 September 2013 (20 Zulkaedah 1434H). Dalam parti PAS, hanya beliau seorang sahaja setakat ini yang bergelar Tan Sri. Beliau juga Menteri Besar Negeri Kedah (9 Mac 2008- 5 Mei 2013) yang pertama dari parti PAS merangkap Pakatan Rakyat. Menurut abah aku yang sekampung dengan Tan Sri Azizan Abdul Razak menyatakan kami ada bau-bau bacang dengan beliau tetapi aku sendiri tidak pasti bagaimana hubungan kekeluargaan itu wujud. Orang kampung zaman dulu sebelum era globalisasi kebanyakan tidak berkembang jauh, berkahwin dan bersemenda dengan sekampung, semukim atau senegeri.

Sumber: http://amenoworld.blogspot.com

Aku merasakan sesuatu apabila Yang di-Pertuan Agong merangkap Sultan Negeri Kedah iaitu Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah menganugerahkan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua (dalam kategori pertubuhan politik) kepada Dato' seri Azizan Abdul Razak yang membawa gelaran Tan Sri. Kenapa aku merasakan sesuatu? Aku fikir kenapa mantan Menteri Besar Negeri Kedah yang lain sebelum Tan Sri Azizan Abdul Razak tidak dianugerahkan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua yang membawa gelaran Tan Sri? Walhal Dato' Seri Syed Razak Syed Zain Barakhbah dan Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid masih hidup sihat walafiat dan terus menaburkan jasa membangunkan politik dan ekonomi Malaysia. 

Tan Sri Azizan Abdul Razak dan isteri (kedudukan pertama dari kiri) Ketika Menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia Yang Ke-39 Pada 2011

Aku pasti ada sesuatu yang ada pada Tan Sri Azizan Abdul Razak tetapi tidak ada pada mereka berdua. Dalam tempoh Tan Sri Azizan Abdul Razak memegang jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Kedah pasti ada kelemahan yang tidak dapat dielakkan tetapi kelemahan itu pasti lebih baik berbanding ketika Dato' Seri Syed Razak Syed Zain Barakhbah dan Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid memegang jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Kedah. Kata Tan Sri Azizan Abdul Razak:

Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tidak berhutang dengan kerajaan pusat untuk bayar gaji. Hasil balak sampai RM70 juta setahun. Masa BN cuma RM8 juta. Banyak pula buat projek membazir. BN bagi JKKK (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) guna duit pusat. Saya bagi MKK (Majlis Keselamatan Kampung) guna duit kerajaan negeri. Kerajaan PAS Kedah tidak boleh banyak buat pembaharuan kerana hanya menang 16 kerusi (PAS 16, PKR 3 dan BN 11). Manakala PAS Kelantan mentadbir lebih 30 tahun dengan banyak majoriti.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون)
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"
Takziah kepada keluarga beliau.

6 ulasan:

  1. terkenang kenangan bersama keluarga arwah...saya pernah tinggal bersama keluarga arwah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya maklum kerana beliau mantan pensyarah UKM di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam. UKM alma mater yang kita kasihi dan diingati sehingga ke akhir hayat.

      Padam
    2. di mana kah Pn Gloria Abdullah berada skrg ini?

      Padam
    3. Saya fikir elok Pn Izzaida Abdullah hubungi Pn Gloria Abdullah sendiri melalui g+ untuk maklumat lanjut :)

      Padam