Selasa, 13 Mei 2014

Abu Hurairah r.a.: Peranti Penyimpanan Hadis

Abu Hurairah r.a. telah memeluk agama Islam pada tahun 7H dan beliau sempat bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. selama empat tahun kerana baginda wafat pada 11H. Beliau merupakan di antara sahabat Rasulullah s.a.w. yang banyak menghafaz hadis. Keupayaan beliau pada era kini diibaratkan sebagai peranti penyimpanan data yang dapat merakam banyak hadis.

Para sahabat amat kagum dengan kemampuannya menghafaz banyak hadis dalam masa yang singkat. Abu Hurairah r.a. berkata:
Sebenarnya para sahabatku daripada golongan Muhajirin sibuk dengan perniagaan manakala sahabatku daripada golongan Ansar pula sibuk bertani, tetapi aku sering bersama Rasulullah s.a.w. sehingga tidak kisah untuk mencari nafkah hidupku. Aku redha dengan sedikit makanan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Aku bersama dengan baginda s.a.w. ketika tiada sesiapa yang bersama dengan Rasulullah s.a.w. Aku pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. mengenai daya ingatanku yang lemah. Baginda s.a.w. bersabda, "Bentangkanlah selepangmu." Baginda s.a.w. pun melukiskan sesuatu di atas kain tersebut lalu bersabda, "Selimutkanlah selepang ini di badanmu." Aku pun menyelimutkannya. Sejak itu, aku tidak pernah lagi lupa terhadap apa yang aku hafal. 
Pernah suatu ketika, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan hadis yang bermaksud, "Seorang yang menyertai jenazah akan mendapat satu ganjaran tetapi jika terus tinggal di situ sehingga pengkebumiannya, dia akan memperoleh dua ganjaran. Satu ganjaran terlebih besar dari Bukit Uhud."

Abdullah b. Umar r.a. meragui kesahihannya lalu menegur, "Wahai Abu Hurairah! Berfikirlah dahulu sebelum bercakap." Apabila mendengar teguran itu, Abu Hurairah r.a. tersinggung lalu membawa Abdullah b. Umar menemui Aisyah r.a. Abu Hurairah r.a. bertanya kepada Aisyah r.a., "Wahai Ummul Mukminin! Aku memintamu berkata dengan nama Allah sama ada kamu telah mendengar daripada Rasulullah s.a.w. hadis mengenai ganjaran?" Aisyah menjawab, "Ya, aku ada mendengar hadis ini."

Abdullah b. Umar berkata, "Tidak diragui lagi, antara kami semua, kamulah yang sering bersama-sama baginda dan paling tahu mengenai Rasulullah s.a.w."

Jawab Abu Hurairah r.a., "Segala kejayaan ini adalah kerana aku beristighfar sebanyak 12,000 kali setiap hari dan aku mempunyai seutas tali yang ada 1000 simpulan. Aku tidak masuk tidur sehingga dibacakan 'Subhanallah' pada setiap simpulan tersebut." 

Wallahu'alam.

10 ulasan:

  1. Ramai orang yang meragui akan kenapa Abu Hurairah R.A menjadi orang paling banyak menyimpan hadis sedangkan beliau lewat memeluk islam.. tetapi kalau baca kisah beliau insyallah akan tahu sendiri jawapan nyer.. Perkongsian Terbaik :D

    BalasPadam
  2. Abak pernah blajar ttg Ulum Hadis... tiada kraguan padanya..

    BalasPadam
  3. perkongsian yg baik.. banyak jasa abu hurairah dalam periwayatan hadis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Panggilan 'Abu Hurairah' untuk Abdul Rahman bin Sakhrin ad-Dausi at-Tamimi kekal sehingga ke hari kiamat. Setiap kali hadis-hadis yang diriwayatkan olehnya dibaca, panggilan Abu Hurairah r.a. tetap disebut berbanding nama sebenarnya.

      Padam
    2. yup. gelaran nabi pada beliau disebabkan perasaan kasihnya terhadap kucing...

      "Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.
      Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kepada anak kucing)."

      Padam
    3. القصة الحقيقية لعبد الرحمن حصل على لقب أبي هريرة

      Padam
    4. kisah hakikat untuk abdul rahman yg berjaya keatas gelaran abu hurairah..:)

      Padam