Aku telah menyertai pertandingan Beli & Selfie yang dianjurkan oleh PTS Bookcafe Sdn. Bhd. Pertandingan ini khusus kepada sesiapa yang membeli buku di Kedai Buku Online PTS selama tiga minggu bermula 14 April 2014 sehingga 5 Mei 2014. Setiap minggu diumumkan para pemenang yang layak memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh PTS Bookcafe Sdn. Bhd.
Aku membeli-belah di Kedai Buku Online PTS pada minggu ketiga (28hb April 2014 sehingga 5 Mei 2014). Setelah aku menerima buku-buku PTS melalui pos, aku telah mengambil gambar buku-buku tersebut dengan cara yang bagiku cukup kreatif. Aku pos gambar itu di dinding facebook aku yang mengandungi status, nombor pesanan, tag @ptsbookcafe dan pengalaman membeli buku-buku di Bookcafe.com.my. Hasilnya, aku memperolehi hadiah saguhati berupa buku terbitan PTS yang bertajuk Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan: Pesan Allah dan Rasul Untuk Dirimu.
Tajuk: Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan: Pesan Allah dan Rasul Untuk Dirimu.
Penulis: Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh & Mohd. Hariri Haji Mohamad Daud
Tahun Terbit: 2014
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana mendapat buku ini sebagai hadiah saguhati walaupun aku masih gadis tetapi aku tidak akan membeli buku ini kerana 98% ilmu yang terkandung dalam buku ini telah aku ketahui. Buku ini sesuai dibaca oleh para remaja sebagai persediaan sebelum berumah tangga. Terdapat pelbagai panduan dan nasihat kepada para gadis di samping mengandungi himpunan fatwa-fatwa sebagai rujukan mengenai sesuatu isu.
Namu begitu, aku ingin berkongsi ilmu mengenai sekufu dalam perkahwinan yang terkandung dalam buku ini. Kata dasar bagi perkataan sekufu ialah kufu yang bermaksud padan atau taraf. Sekufu bermaksud sepadan atau setaraf. Dalam hal pemlihan jodoh, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Pilihlah olehmu untuk keturunan kamu dan bernikahlah dengan orang yang sekufu" (Riwayat Al-Baihaqi).Para ulama membahagikan aspek sekufu kepada beberapa aspek iaitu:
- Sekufu dalam agama. Hal ini berdasarkan dalil yang terkandung dalam al-Quran surah An-Nur ayat 3 yang bermaksud, "Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina itu pula tidak boleh berkahwin melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perempuan yang demikian itu diharamkan kepada orang-orang beriman."
- Sekufu dalam ilmu. Allah s.w.t. menjelaskan dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud, "Allah meninggikan darjat orang-orang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama daripada kalangan kamu beberapa darjat. Dan ingatlah, Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan."
- Sekufu dalam pekerjaan. Allah berfirman dalam surah Al-Nahl ayat 71 yang bermaksud, "Dan Allah melebihkan sebahagian daripada kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakannya." Sehubungan itu, lelaki yang berpangkat dan bergaji tinggi tidak sekufu dengan perempuan yang berpangkat dan bergaji rendah begitu juga sebaliknya.
- Sekufu dalam pemilikan harta. Dalam mazhab Syafi'i dan mazhab Hanafi, pemilikan harta diletakkan sebagai salah satu aspek perkiraan sekufu di antara suami isteri. Walau bagaimanapun, Imam 'Alaudin Abi Bakr bin Mas'ud Al-Kasani menyebut pemilikan harta tidak dijadikan ukuran sekufu di antara suami isteri kerana harta boleh bertambah atau berkurang.
sekufu penting utk elak rasa tidak puas hati , rasa tertipu selepas perkahwinan ... pun begitu , ramai juga yang tidak kisah tentangnya kerana berpegang kepada ' menerima seadanya ' ...
BalasPadamTahniah!
BalasPadamperkongsian yg baik.. topik hangat ni kalau nk sembang pasal sekufu.. hehehe..
BalasPadamAgree :)
PadamAlhamdulillah .. bagus perkongsian ni :D
BalasPadamAl-hamdulillah :)
Padamsoal sekufu ni memang meleret-leret kalau nak diajak bincang..hehe.apa-apa pun, kalau dah jodoh.
BalasPadamWalaupun sekufu itu penting tetapi Abu Hatim Al-Muzni meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Apabila datang kepada kamu seorang (lelaki) yang kamu redhai agama dan akhlaknya (untuk meminang) maka kahwinilah dia. Jika kamu tidak berbuat demikian akan berlakulah fitnah dan kerosakkan yang besar di atas muka bumi. Mereka berkata: Ya Rasulullah, walaupun ia mempunyai sesuatu (kekurangan)? Rasulullah s.a.w. bersabda: Jika datang kepada kamu orang yang kamu redhai (rasa selesa, berkenan) kerana agama dan akhlaknya, maka kahwinilah dia. Nabi s.a.w. bersabda demikian sebanyak tiga kali." (Hadith riwayat At-Tirmidzi)
Padam