Entri kali ini adalah "luahan hati yang paling dalam" mengenai kawan-kawan sejantina yang dikenali sejak sekian lama. Aku jarang membuat entri dalam blog ini berkaitan "luahan hati yang paling dalam" melainkan entri-entri tertentu yang dikategorikan sebagai lebel PhD.
Pertemuan kembali dengan kawan-kawan aku pada 7hb Jun 2014 yang dikenali sejak sekian lama sejak zaman ijazah sarjana muda di UKM sesi 1996/1997 adalah berikutan berita kematian salah seorang kawan kami yang telah meninggal dunia hampir dua bulan yang lalu. Berkenaan arwah, aku tidak mahu bercerita mengenai dirinya. Aku hanya menitipkan doa yang baik-baik untuk arwah, jika ada kebaikan daripadaku untuknya maka biarlah ia tersimpan dalam hatiku yang paling dalam.
Pertemuan aku dengan mereka, pemerhatian aku mengenai mereka, mengingatkan aku mengenai peribahasa Melayu, "Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang". Semasa belajar dahulu situasinya tidaklah berduit sangat, hanya mengharapkan wang pinjaman daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA; kadang kala aku belanja mereka makan. Pertemuan kali ini selepas enam tahun tidak bersua, pasti kini berbeza jika dibandingkan dengan zaman selepas pengajian di universiti. Kini, mereka sudah berjawatan tetap dan memiliki harta (kereta dan rumah masih berstatus sewa-beli) serta masih sedang berusaha untuk memiliki harta-harta yang lain (lot kedai dan rumah-rumah yang lain untuk disewakan kepada orang lain) sebagai aset.
Dari sudut psikologi, aku melihat mereka yang dikategorikan sebagai "budak-budak kampung" kini self-esteem mereka meningkat kerana mereka sudah berjawatan tetap dan memiliki harta. Self-esteem yang rendah jelas ada dalam jiwa mereka dalam hal ketiadaan pasangan hidup kerana mereka belum berkahwin. Saya juga belum berkahwin tetapi tidaklah mengalami self-esteem yang rendah dalam hal ini.
Self-esteem yang tinggi dalam diri mereka (dari sudut harta) menyebabkan apabila mereka berbual dengan aku situasinya tidak ubah seperti kata peribahasa Melayu "berkelahi di ekor alahan" maksudnya berbantah-bantah dalam hal yang tidak penting merasakan pandangan diri mereka sentiasa betul termasuklah dalam hal memandu kereta; Pada pandangan mata mereka, akulah yang tidak pandai memakir kereta walhal jika aku tidak parkir masuk jauh ke dalam maka pintu kereta aku sebagi pamandu dan pintu kereta penumpang di belakang aku (pemandu) tidak boleh dibuka kerana dihalang oleh tiang yang menyokong bumbung parkir kereta. Kami semua keluar pergi ke pasar malam di Kepala Batas menggunakan kereta aku maka akulah supir mereka. Pada diri mereka, hujah dan pendapat mereka tidak boleh diatasi oleh sikap, hujah dan pendapat yang lebih baik dan benar.
Aku tidak tenang dengan pandangan mata (al-ain) salah seorang daripada mereka. Al-Ain ialah pandangan mata terhadap sesuatu yang diikuti oleh perasaan kagum tanpa beserta iri hati atau beserta iri hati yang tidak diucapkan kalimah "masya-Allah" boleh menyebabkan terjadi kemuradatan terhadap orang yang dilihat. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Penyakit al-ain memang ada. Seandainya ada yang dapat mendahului takdir, tentulah ia didahului oleh penyakit al-ain. Dan apabila engkau diminta mandi, hendaklah kalian mandi (Sahih Muslim nombor 2188).
Pertemuan dengan mereka setelah sekian lama tidak bertemu menuntut agar aku bersabar diam tidak berbalah dengan mereka dalam perkara yang remeh-temeh walaupun ada dua situasi daripada banyak situasi cakap-cakap mulut yang memecahkan kesabaran aku sehingga aku terpaksa menjawab kata-kata yang diucapkan oleh salah seorang daripada mereka. Akhirnya pada hari pertemuan itu, aku mengambil keputusan untuk tidak tinggal lama dengan mereka.
Pertemuan dengan mereka setelah sekian lama tidak bertemu menuntut agar aku bersabar diam tidak berbalah dengan mereka dalam perkara yang remeh-temeh walaupun ada dua situasi daripada banyak situasi cakap-cakap mulut yang memecahkan kesabaran aku sehingga aku terpaksa menjawab kata-kata yang diucapkan oleh salah seorang daripada mereka. Akhirnya pada hari pertemuan itu, aku mengambil keputusan untuk tidak tinggal lama dengan mereka.
P/S: Self-esteem penting dalam setiap diri individu tetapi berhati-hati jangan terjebak dalam sikap ego. Berhati-hati dengan pandangan mata (al-ain). Hasbunallahu wa ni'mal wakil (cukuplah Allah bagiku).
sis tdk terkejut dgn cerita ini . perkara ini berlaku dimana - mana . kawan lama yg dulu nampak kolot , sekrg sgt up to date ... tu blm lagi masuk bab anak , percutian , kehebatan kerjaya ... ada kalanya lbh baik bermesra sahaja di maya drp bersua muka ... ermmm
BalasPadamVee Sandi, terima kasih atas komen tersebut. Sekurang-kurangnya, sesiapa yang mempunyai sikap yang sedemikian perlu tahu apa reaksi orang lain terhadap sikap mereka.
PadamPerkara sebegini bergantung kepada qana'ah dalam diri. Untuk memperolehi qana'ah perlu mendalami ilmu tasauf. Qana’ah bermaksud menerima dan merasa cukup atas hasil yang diusahakannya serta menjauhkan diri daripada rasa tidak puas hati dan rasa kurang atas rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada dirinya. Saya berusaha untuk bersikap qana'ah. Saya kelihatan salah di mata mereka.
Saya keletihan dengan sikap manusia yang menjadikan ukuran material sebagai tanda kebahagiaan atau tanda seseorang itu baik contohnya, mampu berkereta vios dan menggunakan smart phone. Saya mungkin tidak hairan sangat dengan ukuran material itu kerana saya tidak datang dari keluarga susah.
saya lebih selesa bersederhana dlm pelbagai perkara..
BalasPadamAl-hamdulillah :)
Padamkepala batas penang ke, kedah.. ? kalau penang, x jauh dah dari rumah saya..
BalasPadamPasar malam di Kepala Batas, Seberang Prai, Penang. Dari rumah saya Sungai Petani pi Kepala Batas, Seberang Prai dalam setengah jam kalau lalu highway. Boleh juga kalau nak pi Kepala Batas dari Sg Petani lalu Tikam Batu. O, kiranya saya pi hari tu tak jauhlah dengan rumah Pha Is :)
Padamha ah.. x jauh dah tu.. hehehe
Padamsaya kalau pergi ke pasar malam kepala batas yg hari sabtu, x lengkap kalau x beli kuih dangai kat situ.. walaupun nk beli sampai kea beratur panjang.. hehehe
Saya beli laksa buyung saja nak try. Sekali makan, biasa-biasa saja, kuah dia cayaq, ikan tak banyak.
Padambiasalah tu cik misstree..janji kita rasa cukup apa kita ada.suka dekat part 'self-esteem sebab belum kahwin lagi tu'..hehe.bukan senang nak maintain!
BalasPadam