Entri pada kali ini berkaitan resepi masakan tetapi ini tidak akan menjadi blog ini sebagai blog resepi masakan. Pertama kali sepanjang aku menulis dalam blog ini, aku memaparkan entri berkaitan dengan resepi.
Pada 5 April 2014, aku menghadiri Aktiviti Bedah Buku PTS di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah. Dalam entri Aktiviti Bedah Buku PTS, aku ada menyatakan hasrat untuk hadir acara Kuali PTS Bersama Chef Hussin Khan untuk melihat demo masakan beliau. Namun begitu, ekoran berlaku insiden yang tidak disengajakan , astaghfirullah; aku memilih untuk hadir dalam acara Bicara Buku Bersama Dr Danial Zainal Abidin dan tidak menghadiri acara Kuali PTS Bersama Chef Hussin Khan kerana aku lebih senang menyendiri untuk menenangkan diri sendiri.
Hakikat yang sebenarnya, aku tidak mengenali Chef Hussin Khan walaupun beliau dikategorikan sebagai chef selibritidi Malaysia. Beliau selalu ke udara dalam rancangan masakan di televisyen seperti Spice Road dan majalah contohnya, Saji dan Aroma. Aku tidak mengenali beliau kerana aku jarang menonton televisyen dan membaca pelbagai majalah yang berunsur kewanitaan. Sekarang ini barulah aku kerap menonton televisyen. Pertama kali aku melihat Chef Hussin Khan ialah pada poster acara Kuali PTS Bersama Chef Hussin Khan. Ketika aku melihat dia secara live di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah dalam hatiku terbetik, "macam orang dalam poster."
Beberapa hari selepas itu, aku telah menghubungi Chef Hussin Khan untuk membeli buku Hidangan Lengkap Seminggu berserta book signing (autograf) daripada beliau agar aku dapat meningkatkan kemahiran memasak. Insya-Allah, aku bakal menggunakan buku ini untuk projek memasak dalam bulan Ramadhan 1435H memandangkan ahli keluargaku yang lain akan pergi ke luar negara maka aku akan tinggal seorang diri di rumah. Ini bergantung kepada mood kerajinan aku, jika aku rasa malas maka aku akan keluar membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan.
Beberapa hari selepas itu, aku telah menghubungi Chef Hussin Khan untuk membeli buku Hidangan Lengkap Seminggu berserta book signing (autograf) daripada beliau agar aku dapat meningkatkan kemahiran memasak. Insya-Allah, aku bakal menggunakan buku ini untuk projek memasak dalam bulan Ramadhan 1435H memandangkan ahli keluargaku yang lain akan pergi ke luar negara maka aku akan tinggal seorang diri di rumah. Ini bergantung kepada mood kerajinan aku, jika aku rasa malas maka aku akan keluar membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan.
Tajuk: Hidangan Lengkap Seminggu
Penulis: Chef Hussin Khan
Tahun Terbit: 2013
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Buku Hidangan Lengkap Seminggu mengandungi 161 resepi yang terdiri daripada pelbagai resepi timur dan barat untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam; terdapat juga resepi autentik masakan Melayu dari negeri Perak. Buku ini menyediakan gambar langkah demi langkah sebagai panduan cara untuk memasak sesuatu resepi. Selain itu, buku ini membantu anda merancang menu untuk seminggu di samping menekankan idea makan secara sihat menyebabkan buku ini tidak menyediakan resepi makan lewat malam (supper). Buku ini juga boleh dijadikan sebagai buku menu untuk para suami memilih menu yang perlu dimasak oleh isteri kesayangan anda.
Nama sebenar Cik Misstree terpaksa ditutup. |
Jika anda mahu memiliki buku ini, anda boleh walk in ke cawangan Hasani Bookstore yang berada di utara Semenanjung Tanah Melayu. Jika anda berminat membeli melalui online, anda boleh mendapatkan buku ini di Hasani Book Online.
good luck mencuba resepi2 tu..
BalasPadambolehlah saya tumpang sekaki nanti ... hehehee ... selamat mencuba yer .
BalasPadamBoleh dah la nak masak hebat2 kat dapur sendiri :D
BalasPadamInsya-Allah, jika rajin :)
Padamselamat memasak!
BalasPadam