Rabu, 23 Julai 2014

Tahniah Kepada Perdana Menteri Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia, aku mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak atas kejayaan beliau mengadakan rundingan melalui telefon dengan Ketua Pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai yang berkuasa di lokasi nahas pesawat MH17 terhempas. Hasil rundingan tersebut telah mencapai tiga persetujuan iaitu:
  1. 282 mayat mangsa yang berada di Torez dibawa ke Kharkiv, Ukraine menggunakan gerabak keretapi sejuk beku yang diiringi oleh enam anggota pasukan penyelamat Malaysia yang terlibat dalam misi menyelamat di Ukraine sebelum mayat-mayat tersebut diserahkan kepada wakil Kerajaan Belanda; mayat berkenaan akan diterbangkan ke Amsterdam menggunakan C130 Hercules milik Belanda bersama-sama dengan pasukan penyelamat Malaysia. Selepas operasi forensik, mayat rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas MH17 dibawa pulang dan dikebumikan di Malaysia.
  2. Dua kotak hitam diserahkan kepada wakil Malaysia di Donetsk pada 21 Julai 2014 pukul 9 malam (pukul 2 pagi waktu Malaysia).
  3. Semua anggota penyiasat antabangsa diberi akses masuk dan jaminan keselamatan ke lokasi nahas pesawat MH17 ditembak jatuh bagi memulakan siasatan penuh terhadap kejadian itu.

6 ulasan:

  1. Syukurlah kita mendapat PM yg berkaliber spt Najib..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tidak faham mengapa puak pemisah pro-Rusia tidak membenarkan anggota penyiasat antabangsa dan anggota pasukan penyelamat dari Malaysia masuk ke lokasi nahas setelah empat hari MH17 terhempas. Saya simpati terhadap mayat-mayat mangsa yang telah terbiar lama sedang mengalami pereputan di lokasi kejadian.

      Walaupun wujud skandal dan pelbagai speklulasi mengenai pentadbiran YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib, tetapi dalam hal insiden MH17, syabas untuk beliau.

      Padam
  2. bkn mudah nak menangani perkara ini sebenarnya ... alhamdulillah dipermudahkan .

    BalasPadam
  3. berkat doa rakyat Malaysia.Alhamdulillah Allah permudahkan..harap rakyat Malaysia bersatu-padu dalam saat-saat macam ni

    BalasPadam