Gambar dan status facebook di atas aku kongsi kepada umum sempena aku menyertai pertandingan Beli & Selfie yang dianjurkan oleh PTS Bookcafe Sdn. Bhd. bermula 14 April 2014 sehingga 5 Mei 2014 dan telah memenangi hadiah saguhati berupa buku terbitan PTS. Apakah hadiahnya? Sila klik Hadiah Pertandingan Beli & Selfie Daripada PTS Bookcafe Sdn. Bhd.
P/S: Kini istilah selfie diterjemahkan sebagai swafoto dalam bahasa Melayu. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu yang diselenggarakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, awalan swa- berasal dari bahasa Saskrit yang bermaksud sendiri. Apa pula terjemahan bagi istilah wefie dalam bahasa Melayu?
swafoto ya.. tapi foto masih lagi bahasa pinjaman inggeris.. knapa tak swa-gambar
BalasPadamSwagambar tidak sesuai dijadikan terjemahan kepada selfie sebab definisi perkataan gambar dalam bahasa Melayu terlalu umum yang boleh merujuk kepada pelbagai kategori - gambar timbul (lukisan dll), gambar hidup, gambar mati, gambar rajah, gambar foto, gambar gelap, gambar sorot, gambar gunting, gambar bumi, gambar sisip, gambar cermin dll. Asal perkataan foto dari bahasa Inggeris tetapi telah diserapkan ke dalam bahasa Melayu. Perkataan foto merujuk kepada gambar yang diambil menggunakan kamera. Dalam bahasa Melayu gambar yang diambil menggunakan kamera diklasifikasikan sebagai gambar foto. Kesimpulannya, swafoto lebih sesuai dijadikan terjemahan bagi selfie sebab swafoto merujuk kepada gambar yang diambil sendiri menggunakan kamera.
Padamowh.. ok..
Padamswafoto...baru tau
BalasPadamSaya pun baru tahu :)
PadamSawah-ladang pun ok.
BalasPadamAtau sawah padi.
Ular sawa tak sesuai.
Kalau nak sebut fasal sawah, selain sawah ladang dan sawah padi yang dikira OK, ada lagi yang lain:
Padam1. Sawah bendang
2. Sawah air
3. Sawah bencah
4. Sawah rawang
5. Sawah tadahan
6. Sawah berpermatang, ladang berbintalak
owh.. ingatkan sawah guna untuk bendang dan padi je..
PadamTerima kasih atas perkongsian.
BalasPadamLepas ni Mrs. A nak gunakan perkataan "swafoto".
Sajalah nak tengok reaksi kawan-kawan.
Bahasa memartabatkan bangsa :)
Padammesti diorg pun tak tahu.. hehehe
Padammak aiii, banyak lagi perkataan bahasa melayu yang saya tak tahu
BalasPadampenambahan kosa kata baru..
PadamTak ada entry baru ke
BalasPadamInsya-Allah ada satu entry untuk bulan November :)
Padam