Penulis: Dr. Hayya Bilal
Tajuk: Afrika Aku Mai Lagi
Tahun Terbit: Mac 2017
Penerbit: Jamilah Jaafar
Muka Surat: 314
Harga: RM40.00
Travelog Dr. Hayya Bilal ke empat negara di Afrika iaitu Uganda, Kenya, Sudan dan Rwanda disampaikan secara santai, lucu dan sarat dengan informasi. Pembaca memperolehi ilmu baru mengenai politik, ekonomi, sosial, sejarah dan budaya mengenai suku kaum tertentu yang ada di Afrika. Aku membaca buku ini sambil baring di atas katil (sesetengah bahagian membaca sambil ketawa) dan sampai ke Afrika tanpa perlu membahayakan diri sehingga meninggal dunia ataupun mengeluarkan perbelanjaan besar.
Terdapat 54 buah negara di Afika. 1800 bahasa tidak rasmi dan 27 bahasa rasmi. Tanahnya seluas lebih kurang 30 juta kilometer persegi atau 20 peratus daripada kawasan daratan bumi. Gunung tertinggi di Afrika ialah di Kilimanjaro, Tanzania. Antara 7 benda ajaib di dunia ialah Air Terjun Victoria yang terdapat di Afrika.
Sebelum ini, beberapa kali aku ke kedai buku Popular Book Co (M) Sdn. Bhd. di Village Mall Sungai Petani, Kedah melihat buku ini berada di rak buku. Aku membeli buku ini hasil dari wang sedekah lebih kurang RM50.00 yang diberikan oleh kawan-kawan arwah adik aku untuk meringankan beban perasaan sedih yang ditanggung oleh kami sekeluarga berikutan kematian adik aku.
Terima kasih kepada kawan-kawan arwah adik aku kerana memasukkan wang ke dalam akaun Maybank aku. Sebenarnya pemberian wang sedekah dapat meringankan beban perasaan aku untuk memiliki buku ini. Aku beli buku ini sempena kematian adik aku.
Aku ingin menambah empat tips penting khususnya bagi sesiapa yang ingin travel ke negara-negara di Afrika:
- Dapatkan maklumat rasmi mengenai kewujudan wabak penyakit di sesebuah negara khususnya dari World Health Organization (WHO). Jika perlu sila dapatkan vaksin terlebih dahulu sebelum bertolak ke negara-negara di Afrika. Maklumat kewujudan wabak penyakit di sesebuah negara penting kerana syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa menggunakan maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh WHO. Kewujudan wabak penyakit menyebabkan banyak syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa membatalkan penerbangan ke negara terbabit. Jika ditakdirkan anda meninggal di negara berkenaan, (jika waris tidak mahu jenazah anda dikebumikan di negara berkenaan) maka waris mengalami kesukaran lambat menerima jenazah anda berikutan penerbangan kargo yang terhad.
- Cakna dengan maklumat cuaca dalam tempoh lawatan khususnya mengenai hujan, ribut dan taufan.
- Lihat terlebih dahulu keadaan kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan sesuatu tempat pelancongan seperti struktur pondok yang menempatkan khemah.
- Aku setuju dengan saranan Dr. Hayya Bilal yang mencadangkan agar travel ke Afrika dibuat secara berkumpulan. Sebaik-baiknya aku mencadangkan agar pergi ke Afrika dengan beberapa orang (minimum 3-4 orang) ahli keluarga/rakan senegara. Andai berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam tempoh lawatan seperti ditimpa kemalangan (jangan sempitkan fahaman anda dengan hanya kemalangan jalan raya), ada ahli rombongan lain senegara yang boleh memaklumkan kepada keluarga di tanah air. Ahli rombongan lain yang senegara berperanan menemankan anda ke hospital dan menjadi saksi mengenai perkara sebenar yang terjadi kepada diri anda. Hal ini dapat mengelakkan berlaku penipuan (contoh: pihak pengurusan yang terdiri penduduk tempatan) untuk menutup perkara sebenar yang terjadi kepada diri anda andai berlaku kematian/kecacatan kekal/hilang ingatan dan sebagainya.
P/S: Dulu aku tengok ramai orang Afrika di Kuala Lumpur. Sekarang aku tengok sudah ada orang Afrika di Sungai Petani, Kedah.
ingatkan cik misstree pi afrika.. buku rupanya..
BalasPadamhahaha. Saya ni pi melancong dengan cara baca buku jelah :)
Padam