- 12 April 2014: Dua wakil Jabatan Penerbangan Awam (DCA) diserapkan ke dalam JACC di Perth, Australia untuk membantu usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370. Dua wakil itu ialah Penolong Pengarah Principal DCA, Noor Izhar Baharin dan Penolong Pengarah Pusat Koordinasi Penyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur, Muhammad Irfan Ahmad Baidove. Tiga jawatankuasa peringkat kementerian iaitu Jawatankuasa Waris, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Aset akan ke Perth dalam masa terdekat ini untung berbincang dengan JACC berhubung dengan persiapan pada masa hadapan. Jawatankuasa tersebut masing-masing dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Luar, Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Pertahanan akan membincangkan tiga aspek utama iaitu keluarga, penerbangan dan keperluan aset. Tony Abbott pula operasi mencari kotak hitam MH370 akan berterusan untuk tempoh masa yang lama. Kini Australia berusaha untuk mengesan seberapa banyak isyarat bagi menentukan kedudukan terakhir MH370 sebelum JACC menggunakan Kenderaan Dalam Air Automatik Blue Fin 21 milik Amerika Syarikat dalam usaha pencarian kotak hitam di dasar Lautan Hindi; keperluan untuk menggunakan Kenderaan Dalam Air Automatik Blue Fin 21 berikutan tidak ada isyarat yang dapat dikesan dalam tempoh 24 jam atas kemungkinan bateri kotak hitam semakin lemah. Zon carian melibatkan kawasan seluas kira-kira 41,393 kilometer persegi dan tertumpu di sekitar kira-kira 2,331 kilometer barat laut Perth malah JACC turut berusaha menjejaki sebarang benda pada 4.5 kilometer di bawah permukaan laut, kira-kira 1,000 kilometer jauh dari darat. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tidak ada laporan mengenai seorang anak kapal MH370 cuba membuat panggilan ketika pesawat itu terbang rendah di ruang udara Pulau Pinang, Malaysia. Hal ini berikutan terdapat media tempatan menyebarkan berita pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid cuba membuat panggilan ketika pesawat itu terbang pada aras 5,000 kaki di ruang udara Pulau Pinang, Malaysia pada 8 Mac tetapi terputus atas faktor kelajuan pesawat. Kerajaan Malaysia mewujudkan satu jawatankuasa bagi mengkaji implikasi ekonomi, perdagangan, dan pelancongan untuk memantau serta menangani kesan termasuk merangka strategi terbaru membabitkan hubungan perdagangan di antara Malaysia dengan China berikutan kehilangan MH370 dan kes penculikan warga China, Gao Hua Yun berusia 29 tahun di Resort Singgahmata, Semporna pada 2 April 2014.
- 13 April 2014: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Pusat atas bantuan pelbagai negara yang terus gigih menggerakkan misi mencari dan menyelamat MH370. Dua wakil Jabatan Penerbangan Awam (DCA) diserapkan ke dalam JACC di Perth, Australia hanya sebagai pegawai perhubungan bagi Malaysia dan pemudah cara untuk membantu operasi usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370. Tidak ada isyarat akustik baharu dikesan di zon kawasan carian menunjukkan kemungkinan bateri kotak hitam telah habis. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail berada di United Kingdom bagi membincangkan aspek perundangan berkaitan kotak hitam MH370. Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dan para pakar perundangan Malaysia dan antarabangsa akan memutuskan negara yang berhak ke atas kotak hitam MH370 setelah ia ditemui. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengumumkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja, panel pakar dan jawatankuasa berkaitan insiden kehilangan pesawat MH370. Kehilangan MH370 bukan hanya melibatkan siasatan Polis Diraja Malaysia malah turut melibatkan pelbagai pihak iaitu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Perkhidmatan Risikan Britain (MI-6), Agensi Risikan China dan agensi-sgensi risikan antarabangsa yang lain. Selain itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan terdapat dua pengajaran berguna yang perlu dijadikan iktibar iaitu pertama, mesti bersiap sedia berdepan dengan segala bentuk ancaman selain kepimpinan dalam industri pertahanan dan kedua, memikirkan kejadian luar jangka. Kerajaan Malaysia berhasrat meningkatkan keupayaan ketenteraan walaupun Malaysia berada dalam keadaan aman dan stabil sebagai langkah untuk meyakinkan masyarakat terhadap keupayaan ketenteraan dalam memberi khidmat menjaga keselamatan negara.
Isnin, 14 April 2014
Kronologi Insiden Kehilangan MH370 #3
Entri ini sambungan dari entri sebelum ini Kronologi Insiden Kehilangan MH370 #2; happy reading.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan