Isu kehilangan pesawat MH370 menggempar seluruh dunia malah Malaysia dikatakan berada dalam situasi krisis bermula dari misteri kini menjadi tragedi. Aku percaya dan yakin, misi Kerajaan Malaysia mencari pesawat MH370 ini akan mendapat tempat khususnya kepada para pengkaji akademik yang menganalisis misi ini dari sudut ilmiah.
Pada masa akan datang, calon PhD juga boleh mengkaji misi Kerajaan Malaysia dalam mencari MH370 untuk dijadikan sebagai tesis PhD mengisi kelompangan kajian akademik yang belum dilakukan. Pengkhususan tujahan kajian dari aspek politik yang mencakupi bidang hubungan antarabangsa/diplomatik, keselamatan negara, analisis pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan DUN Balingian untuk mengukur sejauhmanakah misi Kerajaan Malaysia ini berperanan sebagai independent variable mempengaruhi pengundi. Selain itu, tesis PhD juga mencakupi tujahan kajian dalam komunikasi yang mengkhusus analisis media Barat vs media tempatan manakala dari aspek teknikal meliputi aspek kejuruteraan pesawat termasuk kotak hitam (black box), radar dan satelit. Para pakar bidang oceanography di Malaysia juga kerap diminta pandangan oleh stesyen televisyen mengenai pencarian MH370 di Lautan Hindi. Sewajarnya ada calon doktor falsafah dalam bidang oceanography melakukan kajian dalam hal ini dengan cara memperdalamkan kajian dan memperkecilkan skop kajian.
Walau bagaimanapun, sesebuah kajian ilmiah pasti berbeza dengan kajian kewartawanan di mana kajian ilmiah perlu dipandu oleh kerangka teoritikal dan konseptual sebagai alat analisis. Kajian ilmiah mengenai misi Kerajaan Malaysia ini bermungkinan besar (bergantung kepada bidang tujahan kajian) dapat mengeluarkan hasil dapatan baru dari aspek teori khsusnya dalam bidang ilmu politik dan hubungan antarabangsa. Hasil dapatan baru dari aspek kejuruteraan boleh meliputi aspek penambaikan dan penghasilan teknologi kejuruteraan pesawat termasuk fungsi kotak hitam, radar serta satelit yang lebih canggih. Aspek teori dari sudut pandang akademik pasti berbeza dengan pelbagai teori yang dipaparkan oleh para wartawan dalam akhbar dan dibincangkan oleh masyarakat massa yang bersifat andaian dan speklulasi.
jgn biarkan anda diselubungi oleh misteri lautan hindi...
BalasPadamHahaha. Tujuan penyelidikan adalah merungkai misteri dan menambaikan teknolgi serta sistem yang sedia ada
Padam