Dalam bahasa Melayu, sahabat turut disinonimkan dengan teman, kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, saki, konco (kuncu) dan geng. Penggunaan pelbagai perkataan sinonim bagi sahabat bergantung kepada konteks kedudukan dan hubungan di antara dua individu. Contohnya, perkataan konco (kuncu) digunakan dalam konteks orang yang sama-sama melakukan sesuatu yang dikategorikan sebagai jenayah. Perkataan sekutu pula merujuk kepada beberapa orang yang bersatu yang mempunyai tujuan atau kepentingan yang sama.
Dalam kehidupan ini, seseorang disifatkan sebagai sahabat apabila:
- Engkau berbuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.
- Engkau merapatkan persahabatan, dia membalas dengan baik hubungan persahabatan itu.
- Engkau memerlukan pertolongan, dia berusaha membantumu.
- Engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia menerimanya dengan baik.
- Dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia menghargai atau menyebut kebaikanmu.
- Dia melihat sesuatu yang tidak baik pada dirimu, dia menutup keaibanmu.
- Engkau berdiam diri kerana malu hendak meminta, dia bertanyakan perihal kesusahanmu.
- Engkau merancang sesuatu, dia membantu dirimu.
- Berlaku perselisihan faham, dia lebih senang mengalah untuk menjaga hubungan persahabatan.
Walau bagaimanapun, seseorang dikategorikan sebagai sahabat yang sejati apabila hubungan persahabatan dibina berteraskan ketakwaan kepada Allah s.w.t. seperti yang terkandung dalam surah Az-Zukhruf 43:67:
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).P/S: Bersahabat kerana Allah s.w.t.
Selamat Tahun Baru 2015. Azam baru..
BalasPadamAllah s.w.t. bersifat al-qodim (sedia kala) dan selain-Nya iaitu makhluk adalah bersifat baru termasuklah makhluk-Nya yang bernama masa.
Padamsalam
BalasPadamberbahagialah jika kita dikurniakan sahabat yg punya sifat2 seperti itu,..
Wa'salam. Saya setuju dengan komen Kak Kamsiah :)
PadamAssalamualaikum dik mistree, subhanallah disini terlalu banyak info yang dpat kaknoor jadikan panduan terimakasih adik misstree kerana sudi bersahabat dgn kaknoor atau ciknoor :)
BalasPadamWa'alaikum salam. Sama-sama Kak Noor :)
Padamsinggah sini.. banyak manfaatnya kalau kita bersahabat baik tak kira sesiapa pun :)
BalasPadamTerima kasih singgah di sini :)
Padam