![]() |
| Charles ‘Tremendous’ Jones |
Anda akan menjadi orang yang sama dalam lima tahun
akan datang seperti anda pada hari ini kecuali dengan siapakah anda
berkawan dan apakah buku-buku yang anda baca.
![]() |
| Charles ‘Tremendous’ Jones |
![]() |
| Sumber: Gambar Profil Facebook Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani, Kedah. |
| Sumber: Sila klik di sini [...] |
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaat pun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya".
Bertakwa kepada Allah bermaksud takut dan tunduk dengan sepenuh jiwa dan raga, serta melindungi dan memelihara segala hak Allah sama ada hubungan dengan Allah atau hubungan dengan manusia. Takwa itu mengandungi tiga unsur iaitu pertama, memelihara diri daripada perbuatan yang dimurkai oleh Allah. Kedua, memelihara diri daripada perbuatan yang dapat merosakkan diri sendiri dan ketiga, memelihara diri daripada perbuatan yang dapat merosakkan individu lain atau makhluk-Nya yang lain.
Doa Nabi Yusuf kepada Allah seperti yang dinyatakan dalam al-Quran surah Yusuf (12: 101) iaitu "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengurniakan aku sebahagian daripada kekuasaan pemerintahan dan mengajarku sebahagian daripada ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, Engkau penguasa dan perlindunganku di dunia dan akhirat. Sempurnakankan ajalku apabila mati dalam keadaan Islam dan hubungkan daku dengan orang-orang yang soleh".
Aku bermimpi melihat dua orang wanita. Salah seorang daripada mereka bercakap, manakala seorang lagi tidak. Mereka berdua adalah penghuni syurga. Kemudian aku bertanya kepadanya, "Engkau bercakap sedangkan temanmu tidak." Wanita itu menjawab, "Aku meninggal dan berwasiat. Manakala, dia meninggal dunia tetapi tidak meninggalkan wasiat sehingga tidak dapat berbicara sampai hari kiamat". (Riwayat ad-Dailami).
Selain itu, tuntutan berwasiat turut dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran iaitu "Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan kaum kerabatnya secara makruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa" (Al-Baqarah 2: 180).
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (Ali-Imran 3: 185).
"Harap Allah pun dapat beri kita sijil lulus ujianNya..aminn."
![]() |
| Sumber: Sila klik di sini [...] |
![]() |
| Sumber: Sila klik di sini [...] |
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa (Surah al-Baqarah:183)
Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat.
Puasa
Sunat
|
Tarikh
|
Puasa
Enam
(Puasa
enam hari dalam bulan Syawal kecuali pada 1 Syawal)
|
20 Ogos 2012 – 16 September 2012
|
Puasa
1-8 Zulhijah
|
17-24 Oktober 2012
|
Puasa
Hari Wuquf (Bagi yang tidak menunaikan haji)
|
25 Oktober 2012
|
Puasa
1-9 Muharam
|
15-3 November 2012
|
Puasa
Hari Asyura
(Pada 10 Muharam berserta sehari sebelumnya)
atau
(Pada
10 Muharam beserta sehari selepasnya)
|
23-24 November 2012
atau
24-25 November 2012
|
Puasa
Hari Isnin dan Khamis
|
Kecuali:
· Hari Tasyrik 13
Zulhijah (29 Oktober 2012 bersamaan hari Isnin)
· Hari Syak 30
Sya’ban (7 Julai 2013 bersamaan hari Isnin)
|
Puasa
Hari Putih
(Pada 13, 14 dan 15 hari bulan setiap bulan dalam kalendar Hijrah)
|
· Syawal (31 Ogos
– 2 Sept. 2012)
· Zulkaedah (29
Sept. – 1 Okt. 2012)
·
Zulhijah (29 –
31 Oktober 2012)
·
Muharam (27 – 29 Nov. 2012)
·
Safar (27 – 29 Disember
2013)
·
Rabiulawal (25 – 27 Januari 2013)
·
Rabiulakhir (24 – 26 Februari 2013)
·
Jamadilawal (25 – 27 Mac 2013)
·
Jamadilakhir (
24 – 26 April 2013)
·
Rejab (23 – 25 Mei 2013)
·
Sya’ban (22 – 24 Jun 2013)
|
Puasa
Sunat Sya’ban
|
10 Jun – 8 Julai 2013
|
![]() |
| Sumber: sila klik di sini [...] |
Majoriti budaya tradisional di Afrika ini merupakan budaya yang didominasi oleh kaum lelaki sehungga menyebabkan kita, kaum wanita, dinafikan hak untuk bersuara walaupun ke atas perkara yang melibatkan diri kita sendiri. (halaman 132).
..., wanita menjadi objek untuk keseronokan dan juga sebagai buruh domestik atau sebagai komoditi untuk jualan dan mesin pembuat anak. Majoriti wanita Afrika ketika ini menjadi hamba kepada lelaki pada waktu siang dan kemudiannya menjadi ratu mereka pada waktu malam (halaman 132).
Di Nigeria ini, agama Islam yang sepatutnya dijadikan landasan untuk pembebasan wanita, telah ditafsirkan mengikut kepentingan pemimpin agama kita dalam usaha menekan dan menakluki kita semua.Buku ini turut menyatakan hasrat Mohammed Umar terhadap masa depan Nigeria melalui perbualan di antara Amina (watak utama dalam buku ini) dengan Bilkisu:
Amina: "Kita perlu meletakkan sesuatu pada haknya dan untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya itu, kita perlukan revolusi."
Bilkisu: "Revolusi yang bagaimana?"
Amina: "Revolusi yang boleh mengubah keseluruhan struktur masyarakat dan membantu ke arah pembinaan cara hidup baharu, membawa keadilan, kebebasan dan kesamaan, kasih sayang, persefahaman dan rasa hormat antara kita semua. Revolusi sebenar ialah revolusi yang dapat memenuhi kehendak rakyat; yang boleh memberikan tanah, makanan dan kehidupan lebih baik kepada petani dan keluarga mereka, kerja dan kehidupan yang lebih baik kepada golongan pekerja, harapan dan pendidikan kepada golongan muda, peluang untuk kaum wanita terlibat secara aktif dalam pembangunan masyarakat. Dan paling penting, kita memerlukan satu revolusi untuk memodenkan masyarakat kita". (halaman 372).