Selasa, 9 Mac 2021
Kuliah Online Pengajian Fekah: Kitab Matan Abi Syuja'
Jumaat, 9 Oktober 2020
Bersedekah
Aku selalu pergi ke gerai Cik Maliah yang menjual nasi lemak di Amanjaya Zon Anggerik Sungai Petani, Kedah dalam kawasan perumahan yang aku tinggal. Aku selalu beli nasi lemak berlauk rendang ayam.
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ“Tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.” (Hadis Riwayat Muslim).
مَا بَقِيَ مِنها؟ قالت: مَا بَقِيَ مِنها إِلَّا كَتِفُهَا، قَالَ: بَقِي كُلُّهَا غَيرَ كَتِفِهَا“Apakah masih berbaki kambing tadi wahai Aisyah? Aisyah menjawab: Tiada yang tinggal melainkan bahagian bahu sahaja. Lalu Rasulullah membetulkan kenyataan Aisyah: (bukan begitu Wahai Aisyah) kekal semuanya yang telah disumbangkan tadi (sebagai amalan) melainkan bahagian bahunya sahaja (yang tertinggal bukan sebagai amalan) (Hadis Riwayat At-Tirmizi).
Selasa, 22 September 2020
Pembeli Projek Sarjana Cik Misstree
Jumaat, 11 September 2020
Perpustakaan Mini Di Rumah Cik Misstree
Entry kali ini, aku nak cerita (sebenarnya lebih kepada nak tunjuk :D ) perpustakaan mini di rumah aku di Sungai Petani, Kedah). Pelbagai genre buku menjadi koleksi peribadi aku iaitu novel, agama, umum dan buku-buku ilmiah. Kepada semua pembaca blog aku, mari jemput jamu mata.




Rabu, 26 Ogos 2020
Takwim Puasa Sunat Bermula 1 Muharam 1442H Sehingga 30 Zulhijah 1442H
|
Puasa Sunat |
Tarikh |
|
Puasa 1 – 9 Muharam |
20 – 28 Ogos 2020 |
|
|
|
|
Puasa hari Asyura
Pada 10 Muharam dan sehari sebelumnya
Atau
Pada 10 Muharam dan sehari selepasnya |
29 Ogos 2020
29 Ogos 2020 dan 28 Ogos 2020
Atau
29 Ogos 2020 dan 30 Ogos 2020 |
|
|
|
|
Puasa sunat Sya’ban |
15 Mac – 12 April 2021 |
|
|
|
|
Puasa enam hari dalam Syawal (kecuali 1 Syawal) |
14 Mei – 11 Jun 2021 |
|
|
|
|
Puasa 1 – 8 Zulhijah |
11 – 18 Julai 2021 |
|
|
|
|
Puasa Hari Wukuf
di Arafah (bagi yang tidak menunaikan haji) |
19 Julai 2021 |
|
|
|
|
Puasa Isnin dan Khamis |
Kecuali:
1 Syawal – 13 Mei 2021 (Khamis) Hari Tasyrik (12 Zulhijah) – 22
Julai 2021 (Khamis) |
|
|
|
|
Puasa Hari Putih
Pada 13, 14 dan 15 hari bulan setiap bulan dalam kalendar
hijri) |
Muharam (1 – 3 September 2020) Safar (1 – 3 Oktober 2020) Rabi’ul Awal (30 Oktober – 1 November 2020) Rabi’ul Akhir (28 – 30 November 2020) Jamadil Awal (28 – 30 Disember 2020) Jamadil Akhir (26 – 28 Januari 2021) Rejab (25 – 27 Februari 2021) Sya’ban (27 – 29 Mac 2021) Syawal (25 – 27 Mei 2021) Zulkaedah (24 – 26 Jun 2021) Zulhijah (24 – 25 Julai 2021) |
Sabtu, 1 Ogos 2020
Andai Berharap Allah Pelihara Anak, Maka Jadilah Ibu Bapa Yang Soleh
وَكَانَ أَبُوْهُمُا صَالِحاً“Dan kedua ibu bapa mereka adalah orang yang soleh.” (Surah al-Kahf ayat 82)
فيه دليل على أن الرجل الصالح يُحفظ في ذريته“Melalui ayat ini terdapat petunjuk yang menjelaskan bahawa lelaki yang soleh, Allah akan memelihara zuriatnya.”
وفي الآية إشارة إلى إرشاد الآباء ، الذي يخشون ترك ذرية ضعاف ، بالتقوى في سائر شؤونهم حتى تحفظ أبناؤهم وتغاث بالعناية منه تعالى“Melalui ayat ini, terdapat pengajaran yang menunjukkan tentang keutamaan bimbingan seorang ayah yang bimbang untuk meninggalkan anak mereka dalam keadaan yang lemah, (lalu si ayah) menjaga ketaqwaannya dalam segenap aspek sehingga anaknya dipelihara oleh Allah dan dibantu oleh bantuan Ilahi.”
لأزيدنَّ في صلاتي مِنْ أجلِك ، رجاءَ أنْ أُحْفَظَ فيكَ“Aku akan menambah (kualiti dan kuantiti) solatku supaya Allah memelihara engkau.”
Di sinilah titik muhasabah buat diri kita semua. Andai kita berharap agar Allah memelihara anak kita, maka kita hendaklah menjadi ibu ayah yang soleh. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w., sekiranya kita jaga hak Allah, Allah jaga kita.
Rabu, 24 Jun 2020
Hukum dan Penjelasan Ucapan R.I.P. Untuk Kematian Bukan Islam
“Wahai pakcik! Katakan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ satu ucapan yang aku akan menjadi saksi untuk engkau dengannya di sisi Allah.”
“Wahai Abu Talib! Adakah engkau sudah benci kepada agama ‘Abd al-Muttolib?”
“Sesungguhnya demi Allah! Aku akan meminta ampun untuk engkau selagi aku tidak dilarang daripadanya.”
مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِMaksudnya: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.
وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ
Maksudnya: Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (bermaksud: Sesungguhnya kami milik Allah dan hanya kepada-Nyalah kami kembali)".











