Ahad, 28 Ogos 2011

Hadiah Misteri Untuk Cik Misstree

Entri ini merupakan sambungan dari entri Terima Kasih Ummuzulaikha. Buku 101 Rekreasi Hati hasil Karya Dr. Zahazan Mohamed dan Nik Wafdi Nik Jaafar merupakan hadiah yang dimenangi oleh Cik Misstree daripada Ummu Zulaikha.

Hadiah Misteri Untuk Cik Misstree
Buku ini telah dihantar oleh Stormreaders kepada Cik Misstree.  Buku ini memuatkan 101 hadis yang dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ahmad Hasan Mohd. Nazam.  Buku ini juga mengandungi 101 lakaran kartun yang membawa satu dimensi baru dalam usaha menyampaikan dakwah secara santai dan humor. Nik Wafdi menyatakan

Penghasilan buku itu bertitik-tolak daripada pepatah Inggeris yang bermaksud sekeping gambar lebih bermakna daripada seribu perkataan. Bagi saya kartun adalah satu medium yang paling luas capaiannya dan atas sebab itulah kita perhatikan, kebanyakan daripada kita tidak terlepas mengikuti kartun di akhbar-akhbar kerana ia paling mudah dicerna akal. Kerana itu jugalah saya percaya bahawa a hadith is worth more than thousand picture, sebabnya banyak yang boleh digambarkan, diambil pengajaran serta mesej daripada setiap hadis. Mungkin dengan pendekatan kartun, dakwah kita akan lebih mudah. Malah kita melihat ada segelintir pendakwah yang menggunakan pendekatan atau sentuhan humor untuk mencapai hati-hati pendengarnya secara tidak langsung dan berlapik.
 Mesej untuk Ummu Zulaikha: Terima kasih :love:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Berhadiah-hadiahlah di antara kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang di antara kamu." (Riwayat Tabrani)

2 ulasan: