Sumber: Telaga Biru Sdn. Bhd. |
Buku ini ditulis oleh Anton Kurnia (2011) mengisahkan perjalan Yvonne Ridley yang bertugas sebagai wartawan di Britain menemui cahaya Islam.
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam) [Surah Al-Qasas 28:56]
Kisah ini merupakan sebuah travelog selepas keruntuhan WTC pada 11 September 2001 dan diikuti dengan serangan Amerika serta sekutunya di Afghanistan. Selepas Yvonne Ridley keluar dari Afghanistan dan kembali ke Britain, beliau mengkaji Islam dan mengucap dua kalimah syahadah selepas dua tahun keluar dari penjara. Beliau memeluk agama Islam ketika masyarakat Barat sedang mengalami sindrom Islamifobia. Beliau aktif menulis dan mengadakan ceramah untuk meluruskan salah faham masyarakat Barat terhadap Islam.
Di antara perkara utama yang menjadi tumpuan Yvone Ridley ialah memperbetulkan penggunaan istilah 'serangan berani mati' yang digunakan oleh Barat terhadap 'operasi syahid'. Dalam hal ini, 'serangan berani mati' merupakan istilah yang disinonimkan dengan 'operasi syahid' di mana 'serangan berani mati' merupakan tindakan masyarakat Barat yang berjuang tanpa tujuan yang jelas manakala menurut perspektif Islam matlamat 'syahid' adalah untuk membela keyakinan dan berjuang di jalan Allah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Seperkara lagi perhatian Yvone Ridley ialah mengenai perjuangan feminisme. Beliau berusaha memperbetulkan pandangan masyarakat Barat terhadap kedudukan wanita di dalam Islam di mana penindasan terhadap wanita di negara-negara Islam adalah disebabkan oleh budaya setempat. Dalam hal ini, Islam memelihara hak wanita malah meletakkan kedudukan wanita pada tempat yang tinggi.
Yvone Ridley turut mengkritik para pemimpin di negara-negara Islam yang disifatkan sebagai pengecut dan tunduk kepada Amerika Syarikat. Beliau menyatakan:
Kita mengharapkan pemimpin Islam yang setara dengan Ernesto Guevara de la Serna (lebih kenali sebagai Che Guevara), Fidel Castro atau Hugo Chavez. Namun begitu, pengecualian diberikan kepada as-syahid Syeikh Ahmad Yasin dan Marwan Barghouti.
Walau bagaimanapun, seperkara yang lucu dan agak sarkastik ialah kritikan Yvone Ridley (sebelum memeluk agama Islam) terhadap tentera Taliban ketika beliau menjemur pakaian dalamnya secara terbuka pada tali ampaian di dalam kawasan Penjara Kabul. Beliau menolak untuk menyisihkan pakaian dalamnya dari tempat jemuran yang terbuka yang dapat dilihat oleh para tentera yang berkawal. Pegawai di Jabatan Luar Negara Taliban menghampiri beliau dan menyatakan:
Yvone Ridley berkata dalam hati dengan perasaan takjub dan bercampur sinis:Lihat, jika mereka (tentera Taliban) melihat benda-benda seumpama ini, mereka akan mempunyai fikiran-fikiran yang tidak bersih.
Afghanistan hampir dibom oleh negara terkaya di dunia dan yang mereka fikirkan adalah pakaian dalamku yang hitam dan kendur. Amerika sebenarnya tidak perlu mengebom Taliban. Cukup terjunkan sahaja satu rejimen wanita yang melambai-lambaikan pakaian dalam mereka. Dijamin para tentera Taliban akan mundur dan lari lintang-pukang.Buku ini wajar dibaca terutama sebagai bahan bacaan awal dan pengenalan kepada politik Afghanistan di samping Yvone Ridley yang boleh dijadikan sebagai teladan kepada kita yang masih berusaha memperbaiki diri untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan