Selasa, 18 Oktober 2011

Nabi Khidir: Di Balik Tabir Laduni


Aku membeli buku ini kerana aku ingin mendalami apakah yang dikatakan sebagai ilmu laduni? ~ seorang ex-classmate semasa Tingkatan 6A1 di SMKS telah memberi komen terhadap statusku di facebook dalam tahun 2009 iaitu "semoga kita dianugerahkan ilmu laduni seperti salafus soleh".

************************************************

Harun Arrasyid Hj Tuskan (2011) mengisahkan Nabi Khidir yang dianugerahkan ilmu laduni di mana "Dia dinamakan Khidir kerana di mana-mana pun dia melaksanakan solat, maka sekitarnya menjadi hijau". Pelbagai teori dikemukakan oleh pengkaji untuk menjawab persoalan mengenai siapakah Khidir.  Pengkaji memutuskan bahawa Khidir ialah seorang nabi yang diutuskan kepada kaumnya. Buku ini berkisarkan pertemuan Nabi Musa a.s dengan Nabi Khidir ekoran daripada peristiwa Nabi Musa yang telah menjawab soalan yang ditanya oleh kaumnya. Sabda Rasulullah s.a.w.
Maksudnya: Pada suatu ketika Musa a.s. berdiri untuk berkhutbah di tengah-tengah Bani Israel, lalu dia ditanya: "Siapa orang yang paling tahu?" Nabi Musa a.s. menjawab: "Aku". Lalu Allah mencelanya kerana tidak mengembalikan ilmu yang dimilikinya kepada Allah dan berkata kepada Musa a.s.: "Akan tetapi aku memiliki seorang hamba di pertemuan dua laut yang lebih mengetahui daripadamu" (Riwayat al-Bukhari).
Walau bagaimanapun,  peristiwa pertemuan di antara Nabi Musa a.s. dengan Nabi Khidir telah membawa kepada pemahaman dan pembahagian agama kepada dua bahagian. Kumpulan batiniah (sufi) membahagikan agama kepada zahir dan batin (laduni). Nabi Musa a.s. memiliki ilmu zahir yang disifatkan sebagai ilmu syarak di mana cakupannya sekitar hukum zahir dalam maqam syarak. Ilmu hakikat atau ilmu batin (laduni) dimiliki oleh Khidir yang merupakan hasil daripada batin dan cahaya-cahaya yang berasal daripada Allah yang menjadikannya dapat mengetahui hakikat pelbagai perkara sama ada zahir atau batin. Kumpulan batiniah meletakkan kedudukan ilmu laduni atau ilmu hakikat lebih utama daripada ilmu wahyu (syariat).  Dalam hal ini, kumpulan batiniah meletakkan pelepasan terhadap diri mereka daripada syariat zahir. Oleh itu, walapun wahyu kenabian telah terputus dengan wafatnya Rasulullah s.a.w. namun ilham batiniah masih berlangsung kerana Khidir yang merupakan syeikh pertama disifatkan sebagai masih hidup.* Sehubungan itu, banyak tindakan golongan batiniah janggal dilihat dari segi zahir tetapi mereka menetapkan ia adalah benar dari sudut batin.

Kesimpulannya buku ini menetapkan ilmu laduni yang hakiki ialah al-Quran. Pengkaji mengemukakan hujah daripada dalil al-Quran yang menolak dakwaan kumpulan batiniah. Di antaranya:
Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi al-Quran daripada sisi (ladun) Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui [Al-Naml 27:6].
Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepadamu daripada sisi (ladunna) Kami satu peringatan (al-Quran) [Taha 20:99].
(Inilah) suatu kitab yang ayat-ayat-Nya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan daripada sisi (ladun) Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui [Hud 11:1].
Ilmu yang dimiliki oleh manusia seperti titisan air di dalam lautan ilmu Allah. Hal ini dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran:
Dan seandainya pokok-pokok di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambah kepadanya pena dan laut (menjadi tinta), ditambah kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (keringnya), nescaya tidak akan habis (ditulis) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana [Luqman 31:27].
Dan tidaklah kamu diberikan pengetahuan melainkan sedikit [Al-Isra' 17:85].

Nota tapak kaki:
* Dalam hal ini, hasil penelitian pengkaji mendapati Nabi Khidir telah wafat sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diangkat oleh Allah untuk menjadi rasul.

4 ulasan:

  1. menarik sekali bahasannya...
    tapi darimana data didapat bahwa Nabi Khidir wafat? Menurut saya, Nabi Khidir itu sifatnya spritual. Dan bukan material...karena itu beliau hanya ada dalam AlQuran dan tak ada sejarah secara faktuil...salam berbagi pengetahuan,,

    BalasPadam
  2. Ya, dalam buku ini ada juga dinyatakan menurut pandangan golongan batiniah (sufi) bahawa Khidir itu merupakan nama sebuah maqam (darjat). Nabi Khidir dikatakan wafat hasil dari kajian yang dilakukan oleh penulis buku ini. Untuk bacaan lanjut, buku ini diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd.

    http://telagabiru.net.my/index/index.php?limitstart=20

    BalasPadam
  3. klau mnurut Ustad guru ngajiku, nabi khaidir tetap hidup hingga ahir zaman.beliau aja sring mndapat wejangan2 dr beliau(nabi khaidir)tatkala ada masalah yg rumit.

    BalasPadam