Ahad, 30 Oktober 2011

Kenang-kenangan Di Kelantan: Kerja Lapangan

Bulan Jun sehingga Julai 2010, aku berada di Kelantan untuk melakukan kerja lapangan PhD yang kedua. Tugasan kali ini adalah untuk menyempurnakan kerja lapangan yang terdahulu yang dilakukan dalam bulan Mei 2009. Tumpuan aku kali ini adalah untuk memperolehi data sumber primer melalui temubual. Terima kasih kepada semua responden yang terlibat dan terdiri daripada kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan termasuk exco dan Menteri Besar Kelantan kerana sudi ditemubual. 

Sepanjang kerja lapangan, aku tinggal di hotel berhampiran dengan Kota Bharu Trade Center dan Pasar Siti Khatijah ~ berada di tengah pusat bandar untuk memudahkanku memperolehi pengangkutan awam. Entry kali ini aku cuma hendak kongsikan pengalaman  dan sesetengah gambar sepanjang aku berada di Kelantan.

Apabila meja solek telah bertukar menjadi meja study



Namun begitu, aku sebagai orang luar dari Kelantan merasa sungguh tertekan dengan makanannya serba-serbi manis dan cukup susah untuk memenuhi seleraku yang gemar makanan yang pedas. Suatu hari, kawanku Aca berasal dari Alor Setar mencadangkan kepadaku agar pergi ke Kampung Kraftangan, Kota Bharu yang menghidangkan makanan sedikit sebanyak memenuhi selera orang luar.

Inilah makanan yang aku makan. Kebetulan, harga makanan dikira selepas aku selesai makan. Semua sudah licin. Aku sebut satu persatu makanan yang aku makan kepada peniaga, "Ikan patin dua ketul". Peniaga itu menjawab sambil mengangguk, "Bak po mu make ike banyok-banyok ni". Aku hanya .

Ikan patin masak tempoyak
Nasi dan ada sayur sikit

Ulam-ulaman turut dijual segar di dalam raga merah. Para pelanggan bebas memilih ulam yang hendak dimakan.
Selesai makan, aku jalan-jalan di sekitar Kampung Kraftangan.

Di antara kedai-kedai yang ada di Kampung Kraftangan
Barang kraftangan yang dijual
Cantik juga hasil kraftangan di sini

Di bahagian atas terletak Muzium Kraftangan. Harga tiket seorang RM1.00 sahaja. Tempat untuk makan berada di bahagian bawah kolong
Selesai jalan-jalan di Kampung Kraftangan, aku pergi ke Bazar Tengku Anis yang terletak di seberang jalan sahaja. Di sini, para peniaga banyak menjual kain batik.

Kalau hendak dibanding 15 tahun dulu, harga batik sekarang memang mahal.
Paling murah dalam lingkungan harga RM200-RM250

Dalam perjalanan hendak balik ke hotel, di tepi jalan ada Istana Batu yang dibuka untuk tujuan pelancongan. Di Kelantan memang banyak muzium. Kebanyakan muzium adalah bekas istana Sultan Kelantan dan kerabat Diraja Negeri Kelantan.

Muzium Diraja Istana Batu

Setelah selesai tugasan kerja lapangan aku di Kelantan, aku balik terlebih dahulu ke Sungai Petani sebelum aku kembali mengadap penyelia aku di UKM. Dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Alor Setar, ada sebuah tasik berwarna biru yang cantik. Subhanallah.

Diambil dari tingkap bas ekspres Transnasional

P/S: Seumur hidupku menaiki bas ekspres, inilah kali pertama aku melihat pemandu bas ekspres yang berhenti makan mengalas perut dan menunaikan solat. Kebiasaannya, pemandu bas ekspres hanya berhenti rehat untuk makan mengalas perut.

2 ulasan:

  1. Best tuh Klantan......best shopping...:)

    BalasPadam
  2. My SweetPea. Ya, salah satu keistimewaan negeri Kelantan ialah menjadi tumpuan membeli-belah terutama orang luar dari Kelantan. :)

    BalasPadam