Pada petang hari Jumaat 14 Oktober 2011, aku menonton rancangan Al-Kuliyyah di TV3. Perbincangan dalam rancangan al-Kuliyyah pada kali ini berkisar persoalan baik sangka. Aku tidak setuju dengan kenyataan ahli panel:
Tindakan seorang perempuan meminta cerai daripada suaminya dengan alasan suaminya jahat adalah tidak wajar kerana Asiah isteri kepada Firaun sangat bersabar dengan sikap suaminya walhal Firaun adalah sejahat-jahat manusia.Aku amat hairan dan pelik dengan kenyataan panel ini. Seorang isteri berhak menuntut fasakh di mahkamah syariah atas sebab suaminya seorang yang nusyuz - dalam kategori 'jahat' atau tidak mampu menunaikan nafkah zahir dan batin. Selain itu, ketaatan seorang isteri terhadap suaminya ada batasannya. Seorang isteri juga perlu memelihara dirinya dari sebarang perkara yang berupaya membinasakan dirinya. Al-Quran menjelaskan perkara ini:
Janganlah kamu campakkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan [Al-Baqarah 2: 195].Sebaik-baiknya panel Ustaz Pahrol Mohd Juoi menjelaskan tafsiran 'jahat' dan dalam lingkungan yang bagaimana sehingga tidak dibenarkan seorang isteri meminta cerai dari suaminya. Hal ini untuk mengelakkan kemunculan Ustaz Shauki (lakonan Eman Manan) 'kedua' terjemahan daripada drama bersiri Tahajud Cinta arahan Erma Fatima dalam slot Zehra di TV3.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)" (Hadis Riwayat Tirmidzi).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan