Buku ini disifatkan oleh penerbit Siluet Books sebagai novel. Lucu, novel tanpa plot. Ini adalah sebahagian hasil dari kehadiran novel-novel indie di pasaran. Buku ini diberi penghargaan yang begitu tinggi sehingga diadakan majlis pelancaran. Keterlaluan untuk kehadiran sebuah novel yang layak diberi setengah bintang dari lima bintang namun tidak keterlaluan jika majlis pelancaran tersebut hanya sekadar meraikan teman dan peminat. Buku ini memaparkan pengalaman peribadi penulis tentang kehidupan yang berlatarkan kampung halamannya di Teluk Intan, zaman persekolahan, pekerjaan dan UiTM. Pelbagai tema diungkapkan dalam buku ini iaitu percintaan, persahabatan dan kekeluargaan. Namun, sesiapa yang mengikuti pementasan teater arahan Aloy Paradoks maka wajar juga membaca buku ini untuk mengikuti kisah-kisah di sebalik tabir sesebuah pementasan teater.
P/S: Aku 'mengenali' Aloy Paradoks di alam maya lewat pencarianku seorang guru (Meyut) yang telah lama tidak kutemui. Jasamu dikenang, terima kasih Nurul Asyikin @ Aloy Paradoks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan