Sumber: PTS |
Buku ini membincangkan perihal hari akhirat untuk membalas semua perbuatan manusia semasa berada di dunia. Umat Nabi Muhammad s.a.w. merupakan umat pertama yang dihisab. Terdapat enam persoalan penting yang ditanya oleh Allah kepada manusia iaitu keimanan, amanah, (mata, telinga dan hati), (umur, ilmu dan harta), nikmat Allah serta (janji dan sumpah). Walau bagaimanapun, orang pertama yang dihisab dan diadili ialah pertama, lelaki yang mati syahid; kedua, diikuti orang yang belajar ilmu serta mengajar ilmu yang dimiliki dan pandai membaca al-Quran; ketiga, orang yang diluaskan rezeki oleh Allah. Terdapat golongan yang masuk syurga tanpa hisab iaitu golongan yang bertawakal kepada Allah, golongan yang sentiasa menunaikan solat malam, para ulama yang mengamalkan ilmunya, golongan yang berjuang menegakkan agama Allah dan golongan yang suka memaafkan orang lain. Perihal pejuang agama Allah dan orang yang suka memafkan orang lain dinyatakan melalui sabda Rasulullah s.a.w.:
Dalam buku ini juga, penulis memberikan panduan agar selamat melintasi titian sirat iaitu istiqamah berjalan di atas titian sirat dunia iaitu tetap berpegang teguh pada tali Allah. Dalam hal ini, penulis menyatakan istiqamah ialah:
Apabila semua hamba berdiri menanti hisab masing-masing, datang satu kaum sambil meletakkan pedang di leher mereka yang berlumuran darah. Mereka pun bersesak memenuhi pintu syurga. Kemudian ada yang bertanya, 'Siapakah mereka itu?' Lantas dijawab, 'Mereka adalah para syuhada yang dahulu sudah gugur. Mereka hidup di sisi Rabb-nya dengan mendapat curahan rezeki. Kemudian ada suara yang memanggil, 'Orang yang pahalanya ada pada Allah perlu berdiri dan masuk ke dalam syurga!' Dia menyeru untuk kali kedua, 'Orang yang pahalanya ada pada Allah perlu berdiri dan masuk ke dalam syurga!' Lantas ada yang bertanya, 'Siapakah mereka yang pahalanya ada pada Allah itu?' Nabi berkata, 'Mereka adalah orang yang suka memaafkan orang lain'. Kemudian, Allah memanggil untuk kali ketiga, 'Orang yang pahalanya ada pada Allah perlu berdiri dan masuk ke dalam syurga!' Kemudian, beberapa ribu orang pun berdiri dan mereka masuk syurga tanpa hisab (Riwayat At-Tabrani).Setiap amalan orang yang hidup di dunia sama ada baik atau jahat diletakkan di atas mizan untuk mengukur perbezaan amalan baik dan jahat yang dilakukan oleh setiap individu. Mizan terdiri daripada dua piring iaitu piring cahaya dan cahaya kegelapan yang diwujudkan dan ditegakkan di hadapan Allah. Piring cahaya diletakkan di sebelah kanan Arasy mengadap ke arah syurga manakala piring kegelapan diletakkan di sebelah kiri Arasy mengadap ke arah neraka. Salman al-Farisi berkata 'sekiranya langit dan bumi diletakkan di dalam mizan, neraca-neraca itu mampu menampungnya' manakala surah al-Zalzalah ayat 7-8 menyatakan:
Sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, pasti dilihat dalam surat amalnya dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarat, pasti dilihat dalam surat amalnyaSemua amalan orang bukan Islam turut diletakkan di atas mizan (piring kegelapan) namun tujuannya adalah untuk menghina mereka kerana tanpa keimanan kepada Allah setiap amalan kebaikan tidak ada nilai di sisi Allah. Mereka dihantar ke neraka bersama-sama Tuhan yang mereka sembah tanpa perlu melalui titian sirat. Hal ini berbeza dengan orang Islam yang mesti melalui titian sirat yang tajam seperti pedang dan lebih halus dari rambut. Keadaan seseorang Muslim melalui titian sirat dan selamat masuk ke dalam syurga adalah bergantung kepada amalan mereka semasa berada di dunia.
Dalam buku ini juga, penulis memberikan panduan agar selamat melintasi titian sirat iaitu istiqamah berjalan di atas titian sirat dunia iaitu tetap berpegang teguh pada tali Allah. Dalam hal ini, penulis menyatakan istiqamah ialah:
Beristiqamah bukan bermakna melarang diri daripada mengikuti sebarang perubahan, dengan alasan takut hidupnya tidak istiqamah lagi. Sekiranya hal ini berlaku, bererti terdapat salah faham pada makna istiqamah itu sendiri. Istiqamah perlu difahami sebagai sikap berteguh hati dan konsisten, bukan bersikap statik ataupun tidak ada perubahan.
... Makna istiqamah lebih hampir kepada erti kestabilan dan pada masa yang sama bermaksud dinamik.Istiqamah itu menuntut agar setiap individu Muslim mengingati Allah sepanjang hayat. Selain itu, sentiasa bertaubat (nasuha) setelah melakukan kesilapan atau kerana faktor kejahilan dan berusaha meraih rahmat Allah kerana ia merupakan kunci untuk seseorang Muslim masuk ke dalam syurga. Seseorang itu tidak dimasukkan ke syurga kerana amalan yang dilakukannya namun penyebab utama ialah rahmat (belas kasihan, kurnia atau pemberian) Allah namun usaha memperolehi rahmat Allah turut menuntut ketaatan dan kepatuhan daripada seseorang hamba kepada Allah. Hal ini dinyatakan dalam al-Quran:
Jangan kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya dan berdoa kepada-Nya dengan perasaan bimbang serta penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik (al-A'raf: 56).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan