Ahad, 11 Mei 2014

Mangsa Tag Abe Akie Dalam Segmen The Liebster Award

Hari ini aku melawat blog aku, tiba-tiba aku dapat komen/pesanan daripada Abe Kie bahawa aku telah menjadi mangsa tag dalam segmen The Liebster Award. 

Terima kasih kepada Abe Kie kerana menjemput saya menyertai segmen ini. Tidak ada apa yang perlu dimaafkan, saya menerimanya dengan senang hati. Di bawah ini, jawapan saya untuk soalan-soalan maut Abe Kie:

1. Siapakah date pertama anda dan di manakah anda berdating dengannya?
  • Kekasih saya yang tercinta Allah s.w.t. dan saya berdating rapat dengan-Nya semasa solat. Setakat ini, saya belum ada atau tidak pernah ada kekasih kategori manusia (lelaki) dan tidak pernah berdating dengan sesiapa.

2. Nyatakan tiga saat terindah di dalam hidup anda.

Tiga saat terindah dalam hidup saya ialah:
  • Allah s.w.t. menyelamatkan saya dari perbuatan aniaya mantan penyelia PhD saya yang mahu saya gagal dalam peperiksaan viva PhD. Allah s.w.t. Maha Mendengar doa saya sebagai orang yang dianiaya. Saya orang pertama (lulus) viva PhD dalam tempoh lima minit tanpa pembentangan hasil kajian PhD saya.
  • Hari konvokesyen PhD saya di Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Saya orang pertama yang berjaya memperolehi gred 'A' bagi tesis Master semenjak JSP, Fakulti Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan, Universiti Kebangsaan Malaysia  menawarkan pengajian pada peringkat Master. 

3. Apakah kereta/motosikal pertama yang anda miliki?
  • Kereta pertama saya ialah Kancil 850EX.

4. Apakah menu masakan yang pertama sekali anda belajar daripada ibu tersayang?
  • Menu masakan yang pertama sekali saya belajar daripada ibu saya dan saya yakin saya boleh memasaknya sendiri ialah 'masak air'. 

5. Sekiranya anda mengalami tekanan, apakah yang anda lakukan?
  • Saya pergi ke masjid.

6. Di manakah anda mendapat pendidikan tinggi?
  • Alma Mater yang dikasihi iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia.

7. Destinasi pelancongan yang paling jauh pernah anda pergi?
  • Jarak destinasi pelancongan yang paling jauh diukur dari alamat tetap saya sekarang (Sungai Petani, Kedah) iaitu di Ranau, Sabah.

8. Apakah tujuan anda menulis blog?
  • Blog Saya, Ladang Pahala Saya. Saya menulis blog ini kerana Allah s.w.t. Harapan saya agar blog ini memberikan manfaat kepada sesiapa yang berkunjung di sini. Moga Allah s.w.t. mengambil kira apa yang saya tulis di blog ini sebagai pahala (saham akhirat) yang tidak putus buat diri saya.
  • Facebook bukanlah medium terbaik untuk meluahkan rasa hati.

9. Sekiranya kawan baik anda sendiri menikam anda dari belakang, apakah tindakan anda?
  • Jika kawan baik saya menikam saya dari belakang, saya rasa sedih, marah, kecil hati dan diam senyap. Moga Allah s.w.t. memberi taufik dan hidayah kepadanya.

10. Siapakah individu yang telah mengubah hidup anda?
  • Saya yakin setiap perkara yang berlaku atas kehendak Allah s.w.t. Pergantungan yang hakiki hanya kepada Allah s.w.t. Dalam al-Quran, surah at-Taubah ayat 29 yang bermaksud, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal".

11. Sekiaranya anda tidak melakukan pekerjaan yang anda buat sekarang, apakah pekerjaan yang bakal anda ceburi?
  • Kontraktor syarikat pembinaan. Setelah saya tamat pengajian pada peringkat sarjana muda, kawan bapa saya mahu memberikan lesen kontraktor kelas 'A' kepada bapa saya. Pada ketika itu, bapa saya mahu saya bekerja sebagai kontraktor yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri.

13 ulasan:

  1. Assalamualaikum. ...Tahniah!
    Saya pun kena tag dgn Abe Kie...tengah fikir nak tulis apa....hehehe

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. Terima kasih kpd Dr Misstree kerana sudi menjawab soalan2 maut abe kie tersebut dgn penuh tulus dan telus sehingga menyentuh kalbu abe kie, insan yg serba kekurangan ini. Semoga dr misstree akn terus berjaya di dunia n akhirat. Amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikum salam. Terima kasih atas doa itu. Moga Abe Kie juga terus berjaya di dunia dan akhirat.

      Padam
  3. Assalamualaikum singgah ke sini sebab nak tahu apa jawapan dari orang2 yang telah di tag oleh Encik Abe Kie.. Tahniah jawapan yang begitu baik :D by the way salam kenal :D

    Ini jejak saya :D - http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-8-buckingham.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikum salam. Terima kasih melawat blog saya. Salam perkenalan juga daripada saya.

      Padam
    2. Done follow blog ini.. seronok membaca di sini .. teruskan menulis hihii :D

      Padam
  4. Alhamdulillah..jawapan yang juga menjadi muhasabah kpada diri Abak.. In Shaa Allah.. ramai jugak blogger tag abak tapi blum bkesmpatan nak mnjawabnya,,,,hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abak menjawab soalan-soalan yang diberikan memberi ruang orang lain lebih mengenali Abak :)

      Padam
  5. Jawapan yang jujur dan menyentuh hati dan sanubari...

    BalasPadam
  6. jadi mangsa jugak akhirnya.. hehehe

    BalasPadam