Seseorang yang bermusafir selagi berada dalam musafir boleh mengqadha solat empat rakaat menjadi dua rakaat iaitu melakukannya secara qasar (zohor + Asar atau Maghrib + Isya') sama ada solat tersebut ditinggalkan semasa dalam musafir ataupun sebelum bermusafir. Walau bagaimanapun, solat tersebut boleh diqadha secara sempurna (tidak diqasarkan) ketika sedang bermusafir.
Setelah selesai bermusafir, seseorang yang ada meninggalkan solat semasa musafir tidak boleh mengqasarkan solat yang wajib diqadha itu.Sumber: Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar. 2014. Ibadah Mukmin: panduan solat. Petaling Jaya: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
P/S: Betapa luasnya sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim-Nya memudahkan hamba-hamba-Nya agar berusaha mendirikan solat sehingga solat empat rakaat yang ditinggalkan di luar musafir boleh diqadha secara qasar (zohor + Asar atau Maghrib + Isya') menjadi dua rakaat. Betapa malunya aku kepada-Mu, Ya Allah.
Islam itu indah dan mudah - andai kita mengetahui...
BalasPadamSaya setuju :)
PadamYes, Islam is beautiful, that we know. We just have to let others do.
PadamThank you for coming here :)
Padamoh! macam tu ye. tak pernah dgr pun sebelum ni tp sebaik-baiknya jgn meninggalkan solat dgn sengaja.
BalasPadamt/kasih atas perkongsian ilmu. :)
Solat lima waktu wajib dijaga - dirikan solat dalam waktunya.
Padamokay, saya baru tau.. thanks share.. :)
BalasPadamsalam kenal tuan blog
BalasPadamakak dtg dari blog kakcik Nur..
follow sini
Salam perkenalan Lillahi Taala. Terima kasih melawat dan follow blog saya :)
Padammemudahkan musafir wpun surau / masjid ada di mana2 ...
BalasPadamMemudahkan ibadah ketika bermusafir :)
Padam