Khamis, 1 Mei 2014

Bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad s.a.w. dan Fatwa Untuk Wanita

Terlebih dahulu, aku mengucapkan selamat menyambut bulan Rejab 1435H kepada semua muslim di mana sahaja anda semua berada dan selamat Hari Pekerja khususnya kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja.

Entri kali ini aku hendak membincangkan mengenai buku Bukti-Bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad s.a.w.






Tajuk: Bukti-Bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad
Penulis: Dr. Danial Zainal Abidin
Tahun Terbit: 2011
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.








Seperkara yang menarik mengenai buku ini ialah Dr. Danial mengetengahkan bukti-bukti kerasulan Muhammad s.a.w. yang terkandung dalam kitab utama yang terdapat dalam agama Kristian, Hindu dan Budha. Dalam hal ini, aku memberi tumpuan kepada perbincangan Dr. Danial terhadap Bible yang merupakan kitab bagi agama Kristian. Dalam hal ini, Dr. Danial membincangan bukti-bukti kerasulan Muhammad s.a.w. yang terkandung dalam Bible dengan merujuk pelbagai sumber iaitu The English Version of The Authorised Version of The Bible, The Revised Version of The Bible, King James Bible Version dan Gospel St. John. Pada pandangan aku sebagai pembaca, untuk memahami isi kandungan Bible yang membicakan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. perlu mendalami Bahasa Ibrani (Hebrew) dan akar Bahasa Inggeris khususnya Bahasa Latin dan Bahasa Greek. Bahasa Inggeris kuno dipengaruhi oleh bahasa Western-Germanic berasal dari Anglo-Frisian merupakan dialek yang dibawa ke Britain oleh penceroboh dari Jerman di samping Bahasa Inggeris turut menerima pengaruh daripada penceroboh dari Norman yang bertutur dialek bahasa Perancis. Bahasa Inggeris adalah sebahagian daripada gugusan bahasa-bahasa Indo-Eropah yang turut meliputi Bahasa Latin dan Bahasa Greek (Yunani kuno). Tanpa kefahaman yang mendalam terhadap Bahasa Ibrani (Hebrew) dan akar Bahasa Inggeris (Bahasa Latin dan Bahasa Greek, pasti situasinya hanya sekadar membaca Bible tanpa upaya mengeluarkan sebarang bukti kerasulan Muhammad s.a.w.

Namun begitu, terdapat fakta yang menyatakan status Ummu Haram sebagai emak saudara Nabi Muhammad s.a.w. yang terdapat dalam buku ini pada muka surat 115 iaitu:
Imam Muslim merekodkan daripada Anas bin Malik, pada suatu hari, Nabi Muhammad menziarahi rumah emak saudara beliau yang bernama Ummu Haram dan tidur di situ.
Dalam hal ini, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam bukunya yang bertajuk Fatwa Untuk Wanita bab Hukum Berjabat Tangan antara Lelaki dan Wanita ada menjelaskan kedudukan Ummu Haram di sisi Rasulullah s.a.w.






Tajuk: Fatwa Untuk Wanita
Penulis: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Penterjemah: Rasanah binti Misnan & Nurul Hatim binti Abdul Wahid
Tahun Terbit: 2014
Penerbit: PTS Islamika Sdn. Bhd.








Dr. Yusuf Al-Qaradhawi membincangkan kedudukan Ummu Haram di sisi Rasulullah s.a.w. dalam peristiwa Rasulullah s.a.w. qailulah  pada muka surat 94 iaitu:
... seperti yang dilaporkan dalam kitab As-Shahihaini dan kitab-kitab sunan yang lain, daripada Anas, "Nabi qailulah (tidur sekejap sebelum zohor) di rumah ibu saudara Anas yang bernama Ummu Haram binti Milhan dan isteri kepada Ubadah bin Samit.
Dalam hal ini, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengemukakan pandangan Al-Hafiz Ad-Dimyati yang membantah dengan tegas pendapat Ibnu Abdil Barr yang menyangka Nabi Muhammad s.a.w. dan Ummu Haram mempunyai hubungan mahram iaitu:
Siapa yang menganggap Ummu Haram sebagai salah saorang daripada ibu saudara Nabi daripada ibu saudara susuan ataupun ibu saudara secara nasab (hubungan saudara dekat), dia adalah orang yang lalai dan lupa. Ini kerana, sudah diketahui bahawa, individu-individu yang menyusukan Rasulullah s.a.w. tidak ada seorang pun antara mereka yang berasal daripada wanita Ansar selain daripada Ummu Abdul Mutalib, iaitu Salma binti Amru bin Zaid bin Lubaid bin Khirasy bin Amir bin Ghanam bin Adi bin An-Najjar. Ummu Haram adalah binti Milhan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundub bin Amir. (muka surat 96).
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjelaskan pada muka surat 96 bahawa "Nasab Ummu Haram tidak bertemu dengan nasab Salma kecuali pada Amir bin Ghanam, datuk mereka daripada nasab sebelah atas." Hal ini menunjukkan status Ummu Haram ialah ibu saudara jauh kepada Rasulullah s.a.w. yang tidak disifatkan sebagai hubungan mahram.

Buku Fatwa Untuk Wanita bukan hanya sesuai dibaca oleh muslimat malah golongan lelaki wajar mendalami ilmu fiqh agar hubungan sosial di antara lelaki dan wanita terpelihara menurut syariat yang ditetapkan dalam Islam. Buku ini himpunan fatwa yang dikeluarkan oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang meliputi isu fitnah wanita dan hukum suara wanita, hukum lelaki melihat wanita dan wanita melihat lelaki, hukum memberi salam kepada wanita, pergaulan antara lelaki dan wanita, hukum wanita melawat pesakit lelaki dan lelaki melawat pesakit wanita, hukum berjabat tangan antara lelaki dan wanita serta hukum wanita bekerja. Allahu'alam.

10 ulasan:

  1. Cikgu,

    It seems you are interested in reading on subjects of creation and religion. I recommend books by a very well known French doctor who did research on Egyptian mummies. His name is Dr marice Bucaille. I may write something about him and his works one of these days.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I heard before this about Dr Maurice Bucaille and his research on Egyptian mummies and I have read a paper or books about his research that has been published.

      Padam
  2. menarik tu. terutamanya pasal buku karangan Dr. yusuf qardhawi yg diterjemahkan..
    dan Dr. danial pun hebat juga orangnya.. bukan calang2 orang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya meminati karya-karya Dr. Yusuf Al-Qardhawi, memandangkan saya tidak menguasai Bahasa Arab dengan baik maka saya mendalami karya beliau dengan cara membaca terjemahannya sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

      Padam
  3. Alhamdulillah..menarik buku-buku tu... Kalau sebut nama Dr Yusuf Qardhawi pasti smeua org takkan melpaskan penulisannya..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...Memang menarik fakta-fakta sains yang diketengahkan oleh Dr Danial. Saya biasa mendengar ceramah beliau, tapi belum sempat baca karya beliau. Terima kasih berkongsi sinopsis ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikum salam. Saya juga mengikuti tulisan Dr. Danial dalam Majalah i Islamik. Sama-sama dan terima kasih mengunjungi blog Cik Misstree.

      Padam
  5. terima kasih inf . blh dptkan buku ni nanti . follow sini (62)

    BalasPadam